Segala puji bg Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat nabi junjungan kita Muhammad saw, ahli keluarganya, sahabat2nya serta mereka yg mengikuti jalannya sehingga ke hari akhirat.
Sebagai seorang pendakwah, suatu kebiasaan terlibat di dalam program-program kefahaman Islam untuk tingkatkan diri. Pelbagai daurah, penerangan, tazkirah dan sebagainya yang menerangkan tentang peri-pentingnya dakwah dan betapa dakwah itu wajib. Dan juga, kita meyakini tiada cara lain utk ke syurga Firdaus al-A’la melainkan melalui mengajak manusia utk kembali kepada Allah. Sekiranya kita telusuri sejarah dunia, kita akan lihat bhw keamanan manusia sejagat hanyalah akan dapat dicapai melalui adanya manusia yg berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan risalah dakwah kpd manusia. Read more »
