Setiap hari dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja, saya akan pasangkan radio untuk mengisi kesunyian di dalam kereta. Seringkali rancangan radio tersebut akan mengadakan perbincangan dengan pendengar dengan tajuk yang berbeza-beza tetapi berpusing-pusing di sekitar tema yang sama – iaitu isu gejala sosial para belia. Daripada kes-kes kecil seperti budaya melepak, budaya berpasangan-pasangan cinta kayangan sehingga membawa kepada zina; kepada budaya hedonisme dan hiburan melampau di kalangan belia; sehinggalah kepada kes-kes jenayah merempit yang kini bertukar kepada aktiviti ‘menyamun’ dan membuli secara berkumpulan. Tidak lupa juga kepada kes-kes evergreen seperti penyalahgunaan dadah dan bohsia-bohjan yang masih kekal subur sejak sekian lama.
Secara keseluruhannya para pendengar yang memberikan pandangan bersetuju bahawa masalah-masalah ini adalah sesuatu yang real, bahkan semakin menular, tiada siapapun menafikannya. Yang lebih menarik perhatian saya adalah cadangan-cadangan penyelesaian yang dikemukakan. Read more »


