Archive for the Life Category

It has been a happy, joyful, confusing year…

Posted in Life with tags , , on December 14, 2009 by jabalnurr

a.k.a. “The Zinnirah Year”

Hari ini cukup satu tahun berlalunya hari yang penuh bersejarah dalam hidup kami berdua suami isteri. Allah mengurniakan kepada kami ‘bungkusan keriangan’ (bundle of joy) sebagai amanah. Kali pertama melihat bayi yang isteri saya pegang membuatkan saya terfikir: “boleh ke jaga nih?” Alhamdulillah. Tak sangka menjaga seorang manusia kecil begitu menyeronokkan :) .

Read more »

Hari ini hari meraih kemenangan…

Posted in Life on September 20, 2009 by jabalnurr

Saya tak pandai berpuitis mahupun bermadah. Cukuplah kata-kata Nabi kita yang tercinta sebagai kata berbunga daripada saya:

Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal ya kareem

(Semuga Allah menerima segala amalan kami dan amalan kamu semua, terimalah [Tuhanku] yang Maha Mulia).

DSC01437

Daripada saya Muadz a.k.a jabalnurr, Maria Ulfa dan baby Zinnirah.

[Btw, tarikh hari raya 20 haribulan ini juga merupakan tarikh hari lahir ayah saya. So, Selamat Hari JaYA (atau RaDI?), Abah! ]

Merawat Pokok Bermula dari Akarnya

Posted in Life on June 22, 2009 by jabalnurr

002 Structure of a tree

Setiap hari dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja, saya akan pasangkan radio untuk mengisi kesunyian di dalam kereta. Seringkali rancangan radio tersebut akan mengadakan perbincangan dengan pendengar dengan tajuk yang berbeza-beza tetapi berpusing-pusing di sekitar tema yang sama – iaitu isu gejala sosial para belia. Daripada kes-kes kecil seperti budaya melepak, budaya berpasangan-pasangan cinta kayangan sehingga membawa kepada zina; kepada budaya hedonisme dan hiburan melampau di kalangan belia; sehinggalah kepada kes-kes jenayah merempit yang kini bertukar kepada aktiviti ‘menyamun’ dan membuli secara berkumpulan. Tidak lupa juga kepada kes-kes evergreen seperti penyalahgunaan dadah dan bohsia-bohjan yang masih kekal subur sejak sekian lama.

Secara keseluruhannya para pendengar yang memberikan pandangan bersetuju bahawa masalah-masalah ini adalah sesuatu yang real, bahkan semakin menular, tiada siapapun menafikannya. Yang lebih menarik perhatian saya adalah cadangan-cadangan penyelesaian yang dikemukakan. Read more »

Another War, Another Defeat

Posted in Life with tags , , , on January 24, 2009 by jabalnurr
January 26, 2009 Issue

The Gaza offensive has succeeded in punishing the Palestinians but not in making Israel more secure.

By John J. Mearsheimer

Link: http://www.amconmag.com/article/2009/jan/26/00006/

 

Israelis and their American supporters claim that Israel learned its lessons well from the disastrous 2006 Lebanon war and has devised a winning strategy for the present war against Hamas. Of course, when a ceasefire comes, Israel will declare victory. Don’t believe it. Israel has foolishly started another war it cannot win.

The campaign in Gaza is said to have two objectives: 1) to put an end to the rockets and mortars that Palestinians have been firing into southern Israel since it withdrew from Gaza in August 2005; 2) to restore Israel’s deterrent, which was said to be diminished by the Lebanon fiasco, by Israel’s withdrawal from Gaza, and by its inability to halt Iran’s nuclear program.

But these are not the real goals of Operation Cast Lead. The actual purpose is connected to Israel’s long-term vision of how it intends to live with millions of Palestinians in its midst. It is part of a broader strategic goal: the creation of a “Greater Israel.” Specifically, Israel’s leaders remain determined to control all of what used to be known as Mandate Palestine, which includes Gaza and the West Bank. The Palestinians would have limited autonomy in a handful of disconnected and economically crippled enclaves, one of which is Gaza. Israel would control the borders around them, movement between them, the air above and the water below them. Read more »

Prihatin

Posted in Life, Thought pool with tags , , , on November 7, 2008 by jabalnurr

Link: ISMAweb.net

Apabila cuti sekolah anak-anak saya yang duduk di hostel akan balik ke rumah. Isteri saya selalunya akan sibuk memasak melayan kehendak mereka. Maklumlah makan di hostel ni tak berapa “best” katanya, “masakan ummi lagi sedap”. Pandai juga mereka memujuk hati isteri saya yang terangkat sikit bila di puji begitu. Semasa cuti sekolah selalunya rumah saya riuh sedikit. Bukan apa, ini kerana isteri saya selalu berleter pada anak-anak kerana budak-budak ni cukup susah nak buat kerja rumah. Masing-masing mengharapkan orang lain yang buat, akhirnya isteri saya juga yang terpaksa lakukan.

Maka untuk mengelakkan bebanan pada isteri saya dan mengelakkan perkelahian antara anak-anak maka pada cuti sekolah yang lepas saya bermesyuarat dengan semua anak-anak saya. Dengan persetujuan semua, saya dan isteri telah membahagikan tugasan masing-masing pada setiap hari. Ada yang kena angkat sampah, ada yang kena cuci pinggan, cuci meja dll. Alhamdulillah peringkat awal semua berjalan lancar. 

Namun pada satu hari ketika saya balik dari kerja, saya nampak banyak pinggan tak di basuh dalam singki. Read more »

Usaha Tangga Kejayaan

Posted in Life with tags , , , on September 16, 2008 by jabalnurr

It’s amazing what good hardwork, a pinch of preserverance and close relationships will do to your tongue.

Watch.

Proaktif

Posted in Life with tags , , , on June 29, 2008 by jabalnurr

Segala puji bg Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat nabi junjungan kita Muhammad saw, ahli keluarganya, sahabat2nya serta mereka yg mengikuti jalannya sehingga ke hari akhirat.

Sebagai seorang pendakwah, suatu kebiasaan terlibat di dalam program-program kefahaman Islam untuk tingkatkan diri. Pelbagai daurah, penerangan, tazkirah dan sebagainya yang menerangkan tentang peri-pentingnya dakwah dan betapa dakwah itu wajib. Dan juga, kita meyakini tiada cara lain utk ke syurga Firdaus al-A’la melainkan melalui mengajak manusia utk kembali kepada Allah. Sekiranya kita telusuri sejarah dunia, kita akan lihat bhw keamanan manusia sejagat hanyalah akan dapat dicapai melalui adanya manusia yg berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan risalah dakwah kpd manusia. Read more »

Dan akhirnya…

Posted in Life on June 9, 2008 by jabalnurr

Dalam sebuah ayat, Allah berfirman “…wa la tamuutunna illa wa antum muslimuun” (…dan janganlah kamu mati melainkan kamu muslim). Ulama berselisih pendapat tentang perlaksanaan terhadap ayat. Ini kerana kurangnya ilmu kita tentang bilakah tarikh dan masa kematian setiap drp kita. Ulama berpendapat, cara untuk kita bersedia adalah dengan cara mempastikan bahawa setiap detik drp kehidupan kita mestilah ibadah kepada Allah dalam segala bentuknya. Dalam sebuah hadith, disebutkan semasa manusia berumur 40 tahun, Allah akan memberikan petanda kpd manusia sama ada dia akan termasuk di kalangan ahli syurga atau pun neraka. Perihal ini disokong oleh ahli psikologi, di mana, ketika manusia berumur 40 tahun, secara psikologinya, manusia akan kembali semula kepada perangai-perangai dan sikap-sikap mereka yg terdahulu dan akan berterusan dengannya. Perubahan drp sikap-sikap dan perangai-perangai tersebut semasa umur 40 tahun adalah perkara yang jarang berlaku, dan kalau berlaku pun hanyalah dengan rahmat dan kasih Allah.
Read more »

Watikah dari Mempelai

Posted in Life, Tazkirah with tags , , , on January 2, 2008 by jabalnurr

Alhamdulillahi rabbil ‘aalamin, wassolaatu wassalaamu ‘ala rasulillah wa ‘ala aalihi wasohbihi wa man tabi’ahum wa man waalah…

Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Penguasa sekalian alam, yang menciptakan kehidupan dengan peraturan-peraturannya tersendiri; mencipta makhluk-makhluknya secara berpasangan untuk saling-mengenali dan meningkatkan diri menjadi peribadi-peribadi yang berakhlak mulia mencapai redhaNya. Selawat dan salam juga buat nabi junjungan kita yang terpilih, Nabbi Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya serta mereka yang memilih untuk mengikuti jalan yg ditempuhi Baginda untuk menyampaikan Islam kepada kita pada hari ini, sebagai cara hidup yang menyeluruh.

Read more »

Tandas rosak

Posted in Dakwah, Life with tags , , , on November 26, 2007 by jabalnurr

alasan shield

Tertulis di atas satu ’signboard’ yang diperbuat drp kertas di atas pintu tandas di sebuah stesen minyak:

“Tandas rosak”*

Di bawah signboard tu ada orang tambah dengan tulisan tangan:

“Baiki la!”

***

Seringkali apabila kita berdepan dengan satu2 masalah, kita akan bercerita kepada orang lain tentang masalah2 kita tu. Bagus supaya kita tidak terlalu bottled-up dgn perasaan tak puas hati dengan apa yang berlaku, tapi adalah lebih bagus sekiranya kita cuba cari usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Read more »