Archive for the Thought pool Category

Huruf ‘A’ ada 20 kesemuanya

Posted in Thought pool on March 13, 2009 by jabalnurr
Pelajar Terbaik SPM 2008

Pelajar Terbaik SPM 2008 (yang bertudung ungu bukan yang berbaju oren)

Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut…

Perkara pertama yang bermain di kepala saya apabila membaca berita ini, bahkan juga setiap kali keputusan SPM diumumkan saban tahun adalah: “Buat apa ‘A’ banyak-banyak??”

Read more »

Points to Ponder

Posted in Thought pool with tags , on December 19, 2008 by jabalnurr

Points to ponder
An Islam columnist on JewsBy: Dr Farrukh Saleem.
The writer is an Islamabad-based freelance columnist

Why are Jews so powerful?

There are only 14 million Jews in the world; seven million in the Americas , five million in Asia, two million in Europe and 100,000 in Africa . For every single Jew in the world there are 100 Muslims. Yet, Jews are more than a hundred times more powerful than all the Muslims put together. Ever wondered why?

Jesus of Nazareth was Jewish.

Albert Einstein, the most influential scientist of all time and TIME magazine’s ‘Person of the Century’, was a Jew. Sigmund Freud — id, ego, superego — the father of psychoanalysis was a Jew. So were Karl Marx, Paul Samuelson and Milton Friedman.

Here are a few other Jews whose intellectual output has enriched the whole humanity:

Benjamin Rubin gave humanity the vaccinating needle.

Jonas Salk developed the first polio vaccine.

Albert Sabin developed the improved live polio vaccine.

Gertrude Elion gave us a leukemia fighting drug.

Baruch Blumberg developed the vaccination for Hepatitis B.

Paul Ehrlich discovered a treatment for syphilis (a sexually transmitted disease).

Elie Metchnikoff won a Nobel Prize in infectious diseases.

Bernard Katz won a Nobel Prize in neuromuscular transmission.

Andrew Schally won a Nobel in endocrinology (disorders of the endocrine system; diabetes, hyperthyroidism) .

Aaron Beck founded Cognitive Therapy (psychotherapy to treat mental disorders, depression and phobias).

Gregory Pincus developed the first oral contraceptive pill.

George Wald won a Nobel for furthering our understanding of the human eye.

Stanley Cohen won a Nobel in embryology (study of embryos and their development)

Willem Kolff came up with the kidney dialysis machine.

Over the past 105 years, 14 million Jews have won 15-dozen Nobel Prizes while only three Nobel Prizes have been won by 1.4 billion Muslims (other than Peace Prizes).

Why are Jews so powerful?. Read more »

Pro-Kontra Isu Ketuanan Melayu

Posted in Thought pool with tags , on November 13, 2008 by jabalnurr

Maaf. Buat beberapa ketika ini saya tidak dapat/mampu/mahu menulis entri sendiri di dalam blog (yg tercinta) ini. Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya tentang apa yg berlaku di sekeliling dunia peribadi dan dunia sekitar saya. Namun, saya menemui jawapan atau ulasan yg lebih baik daripada terhadap persoalan-persoalan tersebut dalam bacaan saya. Jadi saya kongsikan bersama anda. 

Semuga bermanfaat.

-Jabalnurr-

******************

Pro-Kontra Isu Ketuanan Melayu

Oleh Ustaz Abdullah Zaik
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 

Link: ISMAweb.net

Saya sendiri tidak merujuk istilah ini kepada mana-mana rujukan dan tidak pasti secara tepat apa mafhumnya. Jadi saya gunakannya mengikut skop tafsiran dari berbincangan semasa.

Saya rasa terpanggil memandangakan akhir-akhir ini ia menjadi istilah yang semakin laris diperkatakan sama ada oleh puak yang setuju atau yang tidak setuju. Saya sendiri terpaksa analisa dulu apa maksudnya sebelum menyatakan pendirian. Namun begitu saya rasa semua orang setuju bahawa isu ini perlu dijelaskan.

Saya melihat ada orang melihat ia dengan mafhum “cauvinis”, maksudnya hegemoni bangsa Melayu atas bangsa lain dengan menganggap bahawa Melayu adalah bangsa yang paling mulia di mana bangsa lain di cipta untuk berkhidmat kepadanya seperti dakwaan Yahudi dan Nazi.

Sebelum pergi jauh saya tidak setuju bahawa mafhum seperti itu wujud di Malaysia atau dalam pemikiran orang Melayu.

Pejuang “rakyat” yang berpegang dengan konsep “multy-racial” mengambil tafsiran tersebut untuk mengutuk UMNO dan menyeru kepada mafhum merit atau kesamarataan antara kaum tanpa mengira bangsa atau agama. 

Benarkah “ketuanan Melayu” ini begitu negatif dan buruk sehingga orang Melayu sendiri mengutuk Melayu. Saya rasa wujud ketidaktentuan dalam maslah ini yang perlu diperjelaskan. 

Saya bimbang kita jadi tidak objektif dalam maslah ini.
Read more »

Prihatin

Posted in Life, Thought pool with tags , , , on November 7, 2008 by jabalnurr

Link: ISMAweb.net

Apabila cuti sekolah anak-anak saya yang duduk di hostel akan balik ke rumah. Isteri saya selalunya akan sibuk memasak melayan kehendak mereka. Maklumlah makan di hostel ni tak berapa “best” katanya, “masakan ummi lagi sedap”. Pandai juga mereka memujuk hati isteri saya yang terangkat sikit bila di puji begitu. Semasa cuti sekolah selalunya rumah saya riuh sedikit. Bukan apa, ini kerana isteri saya selalu berleter pada anak-anak kerana budak-budak ni cukup susah nak buat kerja rumah. Masing-masing mengharapkan orang lain yang buat, akhirnya isteri saya juga yang terpaksa lakukan.

Maka untuk mengelakkan bebanan pada isteri saya dan mengelakkan perkelahian antara anak-anak maka pada cuti sekolah yang lepas saya bermesyuarat dengan semua anak-anak saya. Dengan persetujuan semua, saya dan isteri telah membahagikan tugasan masing-masing pada setiap hari. Ada yang kena angkat sampah, ada yang kena cuci pinggan, cuci meja dll. Alhamdulillah peringkat awal semua berjalan lancar. 

Namun pada satu hari ketika saya balik dari kerja, saya nampak banyak pinggan tak di basuh dalam singki. Read more »

Food for thought…literally.

Posted in Thought pool with tags , , , , on September 2, 2008 by jabalnurr

Terbaca dalam tadi. Pirate Somalia menggunakan kapal dagang mv Bunga Melati^ sebagai base kepada kerja-kerja rompakan mereka. mv Bunga Melati telah digunakan sebagai headquarters untuk mereka negotiate wang pampasan utk kapal-kapal yg mereka rompak.

Alasannya: pada kapal milik syarikat Malaysia itu ada makanan-makanan halal(!).

Teringat kepada sepasang couple yg berada di luar negara yg keluar berjalan-jalan bersama (baca: dating) dan very insistent on mencari makanan halal untuk dinikmati bersama. ***tepuk dahi

******

^Pada 19 Ogos dan awal September lalu, dua kapal dagang milik MISC, mv Bunga Melati Dua dan mv Bunga Melati Lima, telah dirampas (hijack) oleh lanun Somalia Marines di Gulf of Efen, di perairan Somalia. Rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapal_MT_Bunga_Melati_Dua_dilanun_2008

Fish out of water

Posted in Anekdot, Thought pool with tags , , on December 4, 2007 by jabalnurr

fish

Pernah satu ketika, seorang sahabat bercerita. Dia pernah bawa satu usrah yg dihadiri oleh brothers yg baru sahaj “mengenal” islam. Tapi disebabkan oleh peer pressure dan juga “kenangan2″ lama bersama rakan2, mereka meminta daripada naqib mereka (ie sahabat saya) utk hadir ke satu keraian (besday party) yg dianjurkan oleh sahabat2 mereka yg lain. Sahabat saya memberi nasihat supaya tidak pergi kerana dia tahu apa yg berlaku di majlis2 seperti itu; pergaulan bebas laki perempuan, bergurau senda, bertepuk tampar terajang antara semua ‘peserta’ majlis, tak kira laki perempuan…seolah2 satu team bola celebrate gol. Oleh kerana brothers tu insist jg, maka sahabat saya tidak memaksa. Pada perjumpaan usrah seterusnya, brothers2 ini menceritakan betapa rimasnya mereka sms majlis tersebut, betapa janggalnya mereka rasa apabila berada di situ. Kerana apa…kerana apa yg disebut oleh sahabat saya itu (ie naqib) mereka terjelma menjadi realiti. Mereka menyesal dan tak mahu pegi lagi dah…
Read more »

Kenapa dia berblog?

Posted in Thought pool with tags on November 13, 2007 by jabalnurr

Telah sekian lama saya tidak berblog. Kali terakhir saya meletakan sebuah post di internet rasanya setahun yang lalu, atau mungkin lebih lagi. Sebenarnya, setiap kali sesuatu yg berlaku dalam kehidupan saya, terus sahaja otak saya terfikirkan utk menulisnya dan dikongsikan bersama. Atas kelemahan saya, maka tulisan-tulisan tu hanya terperap di dalam otak saya sahaja. Ramai orang sentiasa bertanya saya kenapa tidak menulis blog/tidak meneruskan menulis blog. Saya kaget sebentar, sebenarnya saya sendiri pun tak pasti kenapa saya berhenti daripada menulis dahulu. Namun kini, saya rasa terpanggil semula utk berkarya kembali.

Sebelum ini, saya rasa mungkin saya menulis blog kerana saya ingin
- berlatih menulis,
- berkongsi cerita, pengalaman, pendapat dsb,
- luahan perasaan (yer, saya pun pandai bermelankolika…);

Tapi akhirnya blog yg pernah saya ada dahulu berhenti sebegitu sahaja, atas alasan yang sendiri tidak pasti. Ia seolah menjadi hanya sebuah trend menulis blog; yg hidup bila ramai dan mati pun bila mati. Wbp, saya rasa, tergendalanya blog-blog saya sebelum ini disebabkan oleh matlamat yang tak jelas, yang akhirnya terpadam semangat utk terus menulis.

Untuk kembali menulis perlukan satu semangat baru yg disokong oleh satu matlamat yang jelas. Saya takut, hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam. Namun kini, after a lot of consideration, saya terpanggil semula utk menulis dan berkongsi bersama anekdot-anekdot kehidupan yang saya lalui. Dan kini saya telah menemui satu kaedah (yang sebenarnya masih dlm percubaan) utk memastikan kelangsungan blog ini. Saya akan pastikan (insyaAllah), saya akan menulis blog ini untuk diri sendiri. Dengan ini, saya tahu, kalau blog ini berhenti, maka salahnya adalah pada diri, bukan pada masa, server yg down (spt blog lama saya di Sodeeq.com yg dahulu) dan bukan jg kerana sibuk.

Enough said.

haa.jpg

Wallahul musta’an.