Archive for November, 2007

Tandas rosak

Posted in Dakwah, Life with tags , , , on November 26, 2007 by jabalnurr

alasan shield

Tertulis di atas satu ‘signboard’ yang diperbuat drp kertas di atas pintu tandas di sebuah stesen minyak:

“Tandas rosak”*

Di bawah signboard tu ada orang tambah dengan tulisan tangan:

“Baiki la!”

***

Seringkali apabila kita berdepan dengan satu2 masalah, kita akan bercerita kepada orang lain tentang masalah2 kita tu. Bagus supaya kita tidak terlalu bottled-up dgn perasaan tak puas hati dengan apa yang berlaku, tapi adalah lebih bagus sekiranya kita cuba cari usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Continue reading

Gigih

Posted in Dakwah on November 18, 2007 by jabalnurr

Sebuah kisah gigih untuk perkongsian bersama:

Kudaku gagah berlari

Gambar ihsan daripada SeniKehidupan.com

Seorang ikhwah kehilangan handphonenya semasa Hari Raya tempoh hari. Hilang bersama HPnya adalah nombor-nombor kenalan yg tersimpan dalam phonebook, dan lebih penting nombor-nombor anak usrahnya. Jadi sepulangnya dari kampung berhari raya, dia buat open house (yg telah diinformkan kpd anak usrahnya beforehand); dengan harapan anak-anak usrahnya akan menghubunginya utk tanya lanjut. Tapi masih tiada siapa dari kalangan anak usrahnya yg contact padahal dah 2 minggu usrah tak berjalan. Merasakan tanggungjawab utk memastikan usrah tu tetap berjalan, ikhwah ni pergi meredah hostel anak-anak usrahnya padahal dia tak tahu di hostel mana diorang duduk. Di hostel, ikhwah ni letih bertanya sana-sini tapi “sori la bang, saya tak kenal la nama tu”. Continue reading

Stickler for time

Posted in Life, Tazkirah on November 16, 2007 by jabalnurr

jam

Gambar ihsan daripada SeniKehidupan.com

Pernah pada sebuah pertemuan, seperti biasanya melayu*, hanya segelintir sahaja yg tiba sebelum masa atau tepat pada masanya; alhamdulillah saya termasuk orang tiba pada masanya. Sedang duduk2** menunggu, saya terdengar komen yg tidak berpuas hati dengan kelewatan hadirin2 yg lain. Memang benar, saya sendiri, malah sesiapa sahaja yg menunggu pun tidak akan berpuas hati. Namun saya lebih tertarik dengan respon yg diberikan terhadap komen tersebut; Continue reading

A little goes along way

Posted in Life, Sharing is caring on November 14, 2007 by jabalnurr

Tolong orang

Saya masih ingat suatu ketika dulu dalam satu majlis perjumpaan bersama sahabat2 saya di Australia. Di kalangan kami pada ketika itu ada seorang student yg baru tiba, Zaim*. Sebelum ini, pada perjumpaan yg lalu Zaim pernah bertemu buat pertama kali dgn seorang sahabat saya bernama Hassan*, yg merupakan final year student ketika itu. Jadi pertemuan kali ini merupakan kali kedua mereka bertemu. Tiba-tiba Hassan dtg bertemu saya dan bertanyakan nama Zaim kerana Hassan terlupa namanya walaupun pernah bertemu sblm ini. Setelah saya memberitahu Hassan nama sebenar Zaim, Hassan pun pergi kepada Zaim dan mula berbual2 dengannya dengan menyebut nama Zaim. Tak lama selepas itu, Zaim pula datang bertemu saya dengan muka gembira: “Bagus betul la Hassan tu, dia ingat lagi nama saya”. Saya hanya mampu tersenyum kerana pada hakikatnya saya tahu bhw Hassan terlupa nama Zaim, dan sayalah yg memberitahunya. Namun begitu, saya diamkan diri sahaja. Bermula dari situ, Hassan dan Zaim menjadi amat rapat walaupun setelah Hassan pulang ke tanahair, dan mereka masih berhubungan. Apabila saya bertemu semula Hassan di tanahair, saya ceritakan semula kisah tersebut kpd beliau. Kami hanya mampu ketawa mengenangkan kisah tersebut, yg sebenarnya Hassan pun telah lupa.

Satu pengajaran yg perolehi drp kisah tersebut adalah dalam perhubungan sesama manusia, such a simple gesture akan memberi kesan yg amat kuat pada hati seorg yg lain. Benarlah bak kata seorg ulama, manusia ini adalah hamba kebaikan. Ia akan berbuat baik kpd org yg berbuat baik dengannya. Oleh kerana itulah Islam menyuruh umatnya sentiasa berbuat baik pada semua org pada setiap masa. Kerana kita tidak tahu, perbuatan kita yg manakah yg akan mengetuk hati manusia.

*Nama ditukar utk menjaga identiti masing2 (dan utk mengelakkan drp riak) 😀

Kenapa dia berblog?

Posted in Thought pool with tags on November 13, 2007 by jabalnurr

Telah sekian lama saya tidak berblog. Kali terakhir saya meletakan sebuah post di internet rasanya setahun yang lalu, atau mungkin lebih lagi. Sebenarnya, setiap kali sesuatu yg berlaku dalam kehidupan saya, terus sahaja otak saya terfikirkan utk menulisnya dan dikongsikan bersama. Atas kelemahan saya, maka tulisan-tulisan tu hanya terperap di dalam otak saya sahaja. Ramai orang sentiasa bertanya saya kenapa tidak menulis blog/tidak meneruskan menulis blog. Saya kaget sebentar, sebenarnya saya sendiri pun tak pasti kenapa saya berhenti daripada menulis dahulu. Namun kini, saya rasa terpanggil semula utk berkarya kembali.

Sebelum ini, saya rasa mungkin saya menulis blog kerana saya ingin
– berlatih menulis,
– berkongsi cerita, pengalaman, pendapat dsb,
– luahan perasaan (yer, saya pun pandai bermelankolika…);

Tapi akhirnya blog yg pernah saya ada dahulu berhenti sebegitu sahaja, atas alasan yang sendiri tidak pasti. Ia seolah menjadi hanya sebuah trend menulis blog; yg hidup bila ramai dan mati pun bila mati. Wbp, saya rasa, tergendalanya blog-blog saya sebelum ini disebabkan oleh matlamat yang tak jelas, yang akhirnya terpadam semangat utk terus menulis.

Untuk kembali menulis perlukan satu semangat baru yg disokong oleh satu matlamat yang jelas. Saya takut, hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam. Namun kini, after a lot of consideration, saya terpanggil semula utk menulis dan berkongsi bersama anekdot-anekdot kehidupan yang saya lalui. Dan kini saya telah menemui satu kaedah (yang sebenarnya masih dlm percubaan) utk memastikan kelangsungan blog ini. Saya akan pastikan (insyaAllah), saya akan menulis blog ini untuk diri sendiri. Dengan ini, saya tahu, kalau blog ini berhenti, maka salahnya adalah pada diri, bukan pada masa, server yg down (spt blog lama saya di Sodeeq.com yg dahulu) dan bukan jg kerana sibuk.

Enough said.

haa.jpg

Wallahul musta’an.