Kenapa dia berblog?

Telah sekian lama saya tidak berblog. Kali terakhir saya meletakan sebuah post di internet rasanya setahun yang lalu, atau mungkin lebih lagi. Sebenarnya, setiap kali sesuatu yg berlaku dalam kehidupan saya, terus sahaja otak saya terfikirkan utk menulisnya dan dikongsikan bersama. Atas kelemahan saya, maka tulisan-tulisan tu hanya terperap di dalam otak saya sahaja. Ramai orang sentiasa bertanya saya kenapa tidak menulis blog/tidak meneruskan menulis blog. Saya kaget sebentar, sebenarnya saya sendiri pun tak pasti kenapa saya berhenti daripada menulis dahulu. Namun kini, saya rasa terpanggil semula utk berkarya kembali.

Sebelum ini, saya rasa mungkin saya menulis blog kerana saya ingin
– berlatih menulis,
– berkongsi cerita, pengalaman, pendapat dsb,
– luahan perasaan (yer, saya pun pandai bermelankolika…);

Tapi akhirnya blog yg pernah saya ada dahulu berhenti sebegitu sahaja, atas alasan yang sendiri tidak pasti. Ia seolah menjadi hanya sebuah trend menulis blog; yg hidup bila ramai dan mati pun bila mati. Wbp, saya rasa, tergendalanya blog-blog saya sebelum ini disebabkan oleh matlamat yang tak jelas, yang akhirnya terpadam semangat utk terus menulis.

Untuk kembali menulis perlukan satu semangat baru yg disokong oleh satu matlamat yang jelas. Saya takut, hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam. Namun kini, after a lot of consideration, saya terpanggil semula utk menulis dan berkongsi bersama anekdot-anekdot kehidupan yang saya lalui. Dan kini saya telah menemui satu kaedah (yang sebenarnya masih dlm percubaan) utk memastikan kelangsungan blog ini. Saya akan pastikan (insyaAllah), saya akan menulis blog ini untuk diri sendiri. Dengan ini, saya tahu, kalau blog ini berhenti, maka salahnya adalah pada diri, bukan pada masa, server yg down (spt blog lama saya di Sodeeq.com yg dahulu) dan bukan jg kerana sibuk.

Enough said.

haa.jpg

Wallahul musta’an.

2 Responses to “Kenapa dia berblog?”

  1. menarik.. abg muadz mmg byk hikmah. suka betul

  2. moga perkongsinmu bermanfaatkan kpd kita semua
    moga pendek tulisanmu panjang hikmahnya
    moga kata-katamu menjanakan amal kita
    insyaAllah

Leave a comment