A little goes along way

Tolong orang

Saya masih ingat suatu ketika dulu dalam satu majlis perjumpaan bersama sahabat2 saya di Australia. Di kalangan kami pada ketika itu ada seorang student yg baru tiba, Zaim*. Sebelum ini, pada perjumpaan yg lalu Zaim pernah bertemu buat pertama kali dgn seorang sahabat saya bernama Hassan*, yg merupakan final year student ketika itu. Jadi pertemuan kali ini merupakan kali kedua mereka bertemu. Tiba-tiba Hassan dtg bertemu saya dan bertanyakan nama Zaim kerana Hassan terlupa namanya walaupun pernah bertemu sblm ini. Setelah saya memberitahu Hassan nama sebenar Zaim, Hassan pun pergi kepada Zaim dan mula berbual2 dengannya dengan menyebut nama Zaim. Tak lama selepas itu, Zaim pula datang bertemu saya dengan muka gembira: “Bagus betul la Hassan tu, dia ingat lagi nama saya”. Saya hanya mampu tersenyum kerana pada hakikatnya saya tahu bhw Hassan terlupa nama Zaim, dan sayalah yg memberitahunya. Namun begitu, saya diamkan diri sahaja. Bermula dari situ, Hassan dan Zaim menjadi amat rapat walaupun setelah Hassan pulang ke tanahair, dan mereka masih berhubungan. Apabila saya bertemu semula Hassan di tanahair, saya ceritakan semula kisah tersebut kpd beliau. Kami hanya mampu ketawa mengenangkan kisah tersebut, yg sebenarnya Hassan pun telah lupa.

Satu pengajaran yg perolehi drp kisah tersebut adalah dalam perhubungan sesama manusia, such a simple gesture akan memberi kesan yg amat kuat pada hati seorg yg lain. Benarlah bak kata seorg ulama, manusia ini adalah hamba kebaikan. Ia akan berbuat baik kpd org yg berbuat baik dengannya. Oleh kerana itulah Islam menyuruh umatnya sentiasa berbuat baik pada semua org pada setiap masa. Kerana kita tidak tahu, perbuatan kita yg manakah yg akan mengetuk hati manusia.

*Nama ditukar utk menjaga identiti masing2 (dan utk mengelakkan drp riak)😀

One Response to “A little goes along way”

  1. […] Seterusnya, boleh baca entri saya yang lalu “A little goes a long way“ […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: