Stickler for time

jam

Gambar ihsan daripada SeniKehidupan.com

Pernah pada sebuah pertemuan, seperti biasanya melayu*, hanya segelintir sahaja yg tiba sebelum masa atau tepat pada masanya; alhamdulillah saya termasuk orang tiba pada masanya. Sedang duduk2** menunggu, saya terdengar komen yg tidak berpuas hati dengan kelewatan hadirin2 yg lain. Memang benar, saya sendiri, malah sesiapa sahaja yg menunggu pun tidak akan berpuas hati. Namun saya lebih tertarik dengan respon yg diberikan terhadap komen tersebut; “Kita diminta utk dtg awal. Jadi bg kita yg dtg awal ni, kita bersyukurlah krn kita diberikan kemudahan oleh Allah utk dpt pahala dtg awal dan cukuplah itu sbg penenang hati kita. Bergembiralah kerana kita telah berjaya memenuhi arahan yg diberikan utk dtg awal. Bagi mereka yg terlewat krn halangan peribadi mahupun luaran, semuga Allah maafkan dia dan mudahkan urusannya.”

Walaupun mungkin bukan setepat itu sebutan respon tersebut, tp hakikatnya pada masa itu sangat melapangkan dada saya. Kerana sblm ini pun sentiasa timbul tak puas hati kalu saya dtg awal dan terpaksa menunggu; ataupun saya sendiri tak puas hati dgn diri sendiri kerana dtg lewat, atas apa-apa sebab sekali pun. Nah! Itulah yg patut kita rasai, kita berbangga kerana kita tergolong orang yg berjaya mengikut arahan dan diberikan kemudahan oleh Allah.

HasbunnaLlah wa ni’mal wakil

*maaf saya menggunakan bangsa ni, hanya menggunakan istilah janji melayu (Nasib baik saya berketurunan muslim :D)
**tentang penggunaan masa, selain duduk-duduk sahaja, ada lagi perkara2 yg lebih berfaedah yg boleh kita buat. InsyaAllah saya akan cuba kupas dlm entri yg akan datang.

5 Responses to “Stickler for time”

  1. nak datang awal. kena mulakan dengan sekecil2 perkara dalam perlumbaan mengejar kebaikan.

    e.g.
    paling awal bangun subuh
    paling awal pegi kerja/kelas
    paling awal bangun tidur lepas subuh (hehehe)

    dan macam2 lagi.

    ana bermasalah nak bangun qiyam la. mungkin boleh kupas masalah ni.hehe.
    wsalam

  2. susah bgn qiam ek? hmm, masalah yg common dan menarik jg kalau sesaper boleh komen๐Ÿ™‚

  3. Baru terjumpa satu hadith menarik ttg apa yg ibad tulis ttg qiam:

    ู…ูŽู†ู’ ุนูŽุฌูŽุฒูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ุนูŽู†ู ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ุฃู†ู’ ูŠููƒูŽุงุจูุฏูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุจูŽุฎูู„ูŽ ุจูุงู„ู’ู…ูŽุงู„ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูู†ู’ููู‚ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุฌูŽุจูู†ูŽ ุนูŽู†ู ุงู„ู’ุนูŽุฏููˆู‘ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูุฌูŽุงู‡ูุฏูŽู‡ูุŒ ููŽู„ู’ูŠูŽุฐู’ูƒูุฑู ุงู„ู„ู‡ูŽ ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ.
    (Barangsiapa yang terasa lemah dari bangun waktu malam (untuk beribadat), terasa bakhil untuk membelanjakan hartanya dan terasa takut berjihad menentang musuh, maka hendaklah ia berzikir kepada Allah Azza Wajalla).

  4. semoga “duduk-duduk” atau diam nya daei itu (kita lah, sape lagi) zikir kali (zikir dlm hati / tafakkur).

    bagi ene la, jgn sesekalilah kita diri sendiri tu dtg lambat. zalim tu. kite aniaya orang. insyaAllah moga kita diberi kekuatan utk buat.

    p/s: akhi gunung cahaya, ade perlu wat shout boxz x kat blog nta niek?

  5. Binadiriku Says:

    Cara Bagi Mudah Bangun Qiamullail…
    Pertama, jangan banyak makan dan minum

    Salah seorang ahli ibadah mengatakan, “Wahai para hamba,
    janganlah kalian banyak makan, kerana kalian akan banyak minum, lalu
    kalian akan tidur, sehingga akan terhalang daripada mendapat banyak
    kebaikan, dan kalian pun akan mendapat kerugian yang besar.
    seterusnya, kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!”

    Inilah pesan yang begitu bernilai. Ya, jangan kita
    banyak makan agar tidak menghalang kita dari solat malam. Mari kita
    lakukan, dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya. Jangan anda fikir
    ini urusan yang ringan!

    Kedua, jangan terlalu memeras tenaga di waktu siang

    Antara perkara yang akan membantu anda untuk mengerjakan
    solat malam adalah, janganlah berlebihan dalam menggunakan tenaga
    diwaktu siang semasa bekerja. anda mungkin akan mengatakan, “Ini
    adalah kata โ€“ kata yang sangat Ideal! Sebab pekerjaan ini bukanlah
    pilihan sendiri. pekerjaan di waktu siang itu merupakan pekerjaan
    yang berat. dengan nasihat ini, anda sedang meminta kami untuk
    melakukan sesuatu yang mustahil!”

    Ya, anda boleh katakan begitu wahai saudaraku. namun,
    cubalah meluangkan sedikit masa untuk tidur sekejap di waktu siang
    serta jangan lupakan niat dan matlamat.

    Saya gembira, anda telah menyambut hangat faktor โ€“ faktor
    penolong ini dan mulai berusaha merealisasikannya.

    Ketiga, hindari maksiat

    Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. salah
    seorang Tani’in mengatakan, “Janganlah kalian berbuat maksiat kepada
    Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat
    malam.”

    Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah juga mengatakan, “Saya
    terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa
    yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya, “Dosa apakah itu?”. Beliau
    menjawab, “Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya
    katakan, `Ini adalah orang yang riya’!’ ”

    Sesungguhnya dosa umpama tali yang mengikat manusia.
    Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istigfar, dan
    taubat.

    Keempat, lakukan dengan bertahap

    Ini juga merupakan faktor yang tidak kurang pentingnya
    dengan yang sebelum ini. Janganlah anda kerap menghidupkan semangat
    yang sekejap dengan mengatakan, “Saya akan mengerjakan solat
    sepanjang malam setiap hari!”. Tetapi jadikanlah semangat dan
    motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur.
    Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan. Semangat yang teratur
    merupakan gerbang menuju perlaksanaan ibadah ini dengan jayanya.
    mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah
    mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui
    tanpa mengerjakannya. Lalu tambahlah sedikit, dan seterusnya
    tambahlah setahap, demi setahap lagi.

    Hayatilah, saudaraku “Agama itu mudah. Selamilah ia
    dengan lembut.” (HR. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra)

    (dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: