Tandas rosak

alasan shield

Tertulis di atas satu ‘signboard’ yang diperbuat drp kertas di atas pintu tandas di sebuah stesen minyak:

“Tandas rosak”*

Di bawah signboard tu ada orang tambah dengan tulisan tangan:

“Baiki la!”

***

Seringkali apabila kita berdepan dengan satu2 masalah, kita akan bercerita kepada orang lain tentang masalah2 kita tu. Bagus supaya kita tidak terlalu bottled-up dgn perasaan tak puas hati dengan apa yang berlaku, tapi adalah lebih bagus sekiranya kita cuba cari usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sekiranya kita bawa persoalan ini kepada scale yg lebih besar, kita akan lihat masyarakat Islam sedar tentang serangan2 yg dilakukan terhadap umat islam di merata tempat di seluruh dunia; palestin, iraq, aceh, kashmir, sudan…and the list goes on. Walau bagaimanapun, paling jauh yg dilakukan oleh kita adalah sekadar mengeluh dan bersedih. Paling kuat adalah dengan memasang sepanduk. Namun tiada siapa pun (secara umumnya) cuba cari cara penyelesaian sebenar utk masalah-masalah yg umat islam sedang hadapi. Maka, jadilah ia seperti sebuah tandas yg rosak. Mengatakan bahawa tandas itu rosak tanpa ada usaha untuk membaikinya tak ubah seperti mengharapkan batu2 yg terkumpul dibiarkan lama2, kemudian diletakkan sepanduk “jadilah kamu kereta porshe” dengan harapan, as time goes on kereta tu berevolusi menjadi sebuah kereta mewah. Maka oleh kerana itulah islam begitu menekankan aspek praktikal dalam kehidupan setiap individu muslim.

Masalah-masalah yg dihadapi umat islam mendapat perhatian ramai pihak, dari gejala sosialnya sehinggalah kepada masalah sistem. Sekiranya anda berbual dengan sesiapa sahaja, semua akan bersetuju adanya masalah-masalah yg sedang berlaku dan mengeluh dengan masalah-masalah tersebut. Tapi di dalam ramai-ramai yg mengeluh, berapa ramaikah pula yg bergerak utk melakukan sesuatu pembaikan. Malah dengan mengeluh sahaja seseorang itu merasakan bahawa dia adalah seorang yg “concern” dan itu sudah menjadikan dia terlepas utk membuat apa2. Tempoh hari kita dibising dan disibukkan dengan perhimpunan BERSIH di ibu negara. Dari pelbagai sumber, kehadiran dikatakan antara 4,000 hingga 40,000. Dalam ramai2 itu pula, berapakah yg sebenarnya benar2 meneruskan agenda mereka selepas bersurai atau hanya sekadar pergi utk ‘melepaskan geram’ dan berseronok dengan ‘adrenalin rush’.

cakap

*click to enlarge*

Sekiranya kita buat kiraan, berapa ramaikah setiap tahun graduan-graduan dari timur tengah yg pulang ke tanah air dengan ilmu islam yg penuh di dada; ribuan? puluhan ribu? ratusan ribu? Tetapi adakah masyarakat semakin bertambah keislamannya atau at least keinginannya utk mengamalkan islam? Graduan-graduan yg pulang yg ramai hanyalah sebagai “career”, tidak lebih dari itu. Saya bercakap di atas dasar pemerhatian, kerana di kalangan keluarga saya ramai yg pulang dari timur tengah atau paling kurang berpendidikan agama, yg secara relatifnya, agak tinggi. Namun matlamat kehidupan mereka tak ubah seperti orang-orang kebanyakan. Di sini bukanlah saya ingin menghina atau merendahkan golongan2 agama, bahkan saya amat menyayangi saudara2 saya.

Kembali kepada topik asal kita; menyedari ada kesalahan adalah langkah pertama utk menyelesaikan masalah. Namun ‘berzikir’ mengatakan suatu masalah itu sebagai masalah juga tidak membawa ke mana-mana. Apa yg perlu bagi kita adalah utk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yg ada di sekeliling kita. Bagi saya secara peribadi, masalah-masalah yg ada di sekeliling kita, yang tak perlu saya nyatakan kerana anda sudah mengetahuinya, satu sahaja cara utk menyelesaikannya dan tiada cara lain yg lebih efekti, iaitu KEMBALILAH KEPADA ISLAM.

Wallahul musta’an.

*sorry for the crude but true analogy

5 Responses to “Tandas rosak”

  1. menarik..sgt menarik…pemerhatian yg ringkas..namun cukup bermanfaat utk kita semua..

  2. crude at certain exact point is crucially needed and important. isnot the fuel comes from crude oil?

  3. […] itu saya bercerita tentang sensitiviti umat islam yg telah tumpul. Jangan kita menjadi seperti tandas yang rosak mari kita selesaikan masalah ini dengan hidupkan kembali iman2 orang islam dengan cara meramaikan […]

  4. Perlu ada synergy.

    Seluruhnya.

  5. himawari Says:

    di sebuah stesen minyak di kelantan…

    tertulis di pintu sebuah tandas

    “jambe punoh”

    huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: