Fish out of water

fish

Pernah satu ketika, seorang sahabat bercerita. Dia pernah bawa satu usrah yg dihadiri oleh brothers yg baru sahaj “mengenal” islam. Tapi disebabkan oleh peer pressure dan juga “kenangan2” lama bersama rakan2, mereka meminta daripada naqib mereka (ie sahabat saya) utk hadir ke satu keraian (besday party) yg dianjurkan oleh sahabat2 mereka yg lain. Sahabat saya memberi nasihat supaya tidak pergi kerana dia tahu apa yg berlaku di majlis2 seperti itu; pergaulan bebas laki perempuan, bergurau senda, bertepuk tampar terajang antara semua ‘peserta’ majlis, tak kira laki perempuan…seolah2 satu team bola celebrate gol. Oleh kerana brothers tu insist jg, maka sahabat saya tidak memaksa. Pada perjumpaan usrah seterusnya, brothers2 ini menceritakan betapa rimasnya mereka sms majlis tersebut, betapa janggalnya mereka rasa apabila berada di situ. Kerana apa…kerana apa yg disebut oleh sahabat saya itu (ie naqib) mereka terjelma menjadi realiti. Mereka menyesal dan tak mahu pegi lagi dah…

Di sini bukanlah saya ingin menceritakan tentang masalah-masalah muda-mudi, yg telah saya sentuh sedikit sebanyak dalam entri sebelum ini, namun apa yg ingin saya katakan di sini tentang jiwa seorang mukmin. Jiwa seorang mukmin yang hidup, takkan sekali-sekali senang dengan kemunkaran yg berlaku di sekelilingnya. Dia akan merasakan seperti -bak pepatah Inggeris- fish out of water. Bagaimanakah sifat ikan yang terkeluar atau sengaja mengeluarkan dirinya daripada air? Ia menjadi seperti -bak pepatah melayu- nyawa-nyawa ikan. Seorang mukmin itu peka lagi sensitif. Kemunkaran yang berlaku di sekelilingnya menyebabkannya tak senang duduk. Lebih lama dia berada di situ, semakin lama jiwanya semakin terhakis – menghakis sensitivinya terhadap maksiat. Kerana sifat manusia adalah ia akan cuba utk adapt dengan suasana. Lebih lama dia berada di dalam satu keadaan, walaupun keadaan itu adalah janggal baginya, dia akan cuba (secara tidak sedar), menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut supaya jiwanya tidak tertekan. Lama-lama, ia tidak ubah jadi seperti apa yang ada di sekelilingnya. Bagai seseorang yg sedang bersenang-senang di pantai, angin pantai yang menghembus di pipinya secara perlahan-perlahan akhirnya akan menidurkannya. Tepat benarlah seperti apa yg diperkatakan Nabi saw, di akhirat nanti, seseorang itu akan bersama-sama dengan siapa dia jadikan sahabat rapat di dunia. Kalau dia bersama orang-orang soleh, maka soleh jugalah pengakhiranya. Sekiranya sebaliknya, naya!

Perkara ini, tentang sensitiviti jiwa, adalah suatu hakikat yg diketahui oleh musuh. Musuh menggunakan rancangan2 tivi yg mempamerkan pergaulan bebas yg melampau* -lelaki/perempuan memasuki rumah perempuan/lelaki, berpelukan, keluar makan sama2 sbg kawan, cinta yg dihypekan dan byk lagi- sudah dianggap biasa. Buktinya, tengok saja cerita2 melayu yg ada di tivi, gelagat2 artis, gelagat2 org di sekiling kita dewasa ini, semuanya menunjukkan kepada kekurangan sensitiviti umat islam. Bukti yg lebih kuat lagi, boleh kita lihat pada lagu2 nasyid yang tidak lagi menadakan bait-bait perjuangan, tetapi cinta2 di IPT antara bukan muhram yang “masih terjaga oleh syarak”. Bahkan kisah2 perjuangan pun dimelankolikkan dan dijadikan kisah cinta; kisah Nabi Adam bertemu kembali dengan Hawa di Jabal Nur hanya kerana ketulusan cinta mereka sebagai contoh yg real. Bukannya saya ingin mengatakan InTeam (yg sekarang ni sudah insaf), UNIC dan seumpamanya menjadi agen kepada zionis utk menghancurkan Islam. Tetapi ia adalah manifestasi daripada kejayaan musuh Islam menghakis sensitiviti umat islam.

Belum lagi saya bercerita tentang sensitiviti umat islam terhadap penderitaan umat islam yang lain di serata dunia. Siapakah yg paling cepat menghulurkan bantuan kepada mangsa Tsunami di Aceh bbrp tahun yg lalu? US dan Jepun. Di manakah negara2 Arab yg kaya dengan minyak?? Semasa saya berada di Australia dahulu, terdapat satu demonstrasi membantah serangan terhadap Iraq dan juga penindasan berbentuk Apartheid oleh Israel terhadap rakyat Palestin. Cuba teka siapa yang anjurkan..? Puak-puak sosialis dan masyarakat berkulit putih australia!!

Cukuplah setakat itu saya bercerita tentang sensitiviti umat islam yg telah tumpul. Jangan kita menjadi seperti tandas yang rosak mari kita selesaikan masalah ini dengan hidupkan kembali iman2 orang islam dengan cara meramaikan masjid -buat kempen membawa anak ke masjid, solat berjemaah bagi ibu2 yg ada di rumah bersama anak2, perbanyakkan majlis ilmu islam yg membincangkan islam yg lebih luas (bukan sekadar thaharah dan solat selama 40 tahun hidup), perbanyakkan tulisan2 islam, galakkan membaca…lakukan apa sahaja supaya umat islam sedar tentang musuh yg sedang mengintai dari ubun2 mereka, menunggu masa utk membunuh; hidupkan iman2 yg lesu dan gerakkan diri2 yg malas – yg hidup hanya utk diri sendiri.

Wallahul musta’an.

*tapi semua pergaulan bebas pun memang melampaukan??

***********

Related post
Cinta Oh Cinta
Tandas Rosak

******************

2 Responses to “Fish out of water”

  1. hm.. nasib baik selalu beruzlah. dah mmg bolikot party2 macam ni.

  2. Binadiriku Says:

    Salam akhi…mohon diambil post ini untuk disampaikan kepada kenalan2 ana..Jzklh..dan teruskan menulis:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: