Kongsi-kongsi

o0o0o0o blk kampung

Maaf. Semenjak dua menjak ni masa melarikan diri dari saya utk duduk dan menulis. Maka, saya ingin kongsi satu artikel yg sangat menarik. Sejak bergiat dengan dakwah di kolej-kolej, isu ini telah lama saya fikirkan dan masih mencari-cari penyelesaiannya. Mungkin kamu boleh membantu saya🙂

Lupakan Budaya Balik Kampung

Dakwah & Semasa

Sudah menjadi satu tradisi bagi pelajar-pelajar IPT untuk balik kampung bila sahaja ada cuti sama ada cuti panjang mahupun cuti pendek. Ianya sudah menjadi budaya yang begitu menebal kepada pelajar sehinggakan masing-masing sentiasa berlumba untuk balik kampung bila saja cuti menjelang. Di sesetengah tempat yang melibatkan ramai pelajar-pelajar IPT, kepulangan mereka ke kampung masing-masing bermakna tertangguhlah semua program-program dakwah yang ada. Ramailah da’ie-da’ei yang “bergembira” kerana dapat berehat. Saya tidak pasti berapa kali IPT di Malaysia ini cuti. Mungkin kalau dikira boleh menjangkau kepada 3 bulan setahun.

Dari satu aspek memang tidak salah untuk balik kampung kerana boleh tolong ibu dan ayah terutama sekiranya kedua orang tua kita bukanlah orang yang berada. Sudah tentu kehadiran anak-anak di sisi akan meringankan beban kerja di rumah. Paling tidak, sebagai seorang bapa atau emak, melihat anak-anak sajapun sudah cukup melegakan perasaan.

Namun jika ditinjau dari aspek penimbaan ilmu dan jati diri maka senario balik kampung ini perlu dinilai semula sejauh mana keperluannya. Saya tidak boleh bayangkan apa yang pelajar buat di kampung jika cuti sampai sebulan? Betulkah mereka ini bekerja dan menolong keluarga ataupun hanya banyak makan dan tidur sahaja. Bagi yang benar-benar menolong kedua ibubapa mereka saya ucapkan tahniah tetapi bagi yang banyak duduk diam dirumah dan menonton TV maka ini sudah tentu projek yang sangat merugikan diri dan agama.

Bagi saya alam pelajar ini adalah zaman keemasan yang mana tidak ada tanggungan yang perlu dibiayai, masa rehat banyak, kawan-kawan ramai, sesetengahnya dapat kemudahan kenderaan dan telefon bimbit dari keluarga. Inilah zaman yang seharusnya pelajar kita menimba ilmu sebanyak mungkin, samaada ilmu teknikal maupun ilmu agama, sebagai bekalan apabila menempuh alam pekerjaan yang serba mencabar nanti. Biasiswa yang diperolehi tidak seharusnya habis dengan membeli kad prabayar ataupun dibelanja begitu saja.

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar semasa cuti ini, antaranya yang saya ingin cadangkan ialah supaya pelajar-pelajar semua mengumpul duit dari biasiswa ynag diperolehi dan kemudian apabila cuti tiba, pergilah mengembara dengan kawan-kawan di universiti. Bagi yang tidak berapa banyak duit boleh mengembara di dalam negeri tetapi bagi yang ada lebihan yang agak banyak boleh mengembara ke luar negara seperti Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia dan Thailand. Tambang kapalterbang sekarang ini sudah murah dengan adanya Air Asia. Berjumpalah dengan teman-teman pendakwah di negeri atau negara-negara berkenaan dan berbincanglah dengan mereka tentang pengalaman yang mereka lalui. Saya amat yakin ini akan dapat mengembangkan idea pelajar semua dan menaikkan semangat untuk terus berdakwah di universiti masing-masing.

Jadilah kita seorang pengembara (As sa ihuun) dan lupakan ”Balik Kampung” seketika. Bak kata pepatah ”Jauh berjalan luas pemandangan banyak pengalaman”. Saya yakin pelajar semua akan menjadi manusia yang berbeza.

sumber: http://www.ismaweb.net/ISMA/Article498.phtml

One Response to “Kongsi-kongsi”

  1. besiberani Says:

    update! update!
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: