Archive for June, 2008

Proaktif

Posted in Life with tags , , , on June 29, 2008 by jabalnurr

Segala puji bg Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat nabi junjungan kita Muhammad saw, ahli keluarganya, sahabat2nya serta mereka yg mengikuti jalannya sehingga ke hari akhirat.

Sebagai seorang pendakwah, suatu kebiasaan terlibat di dalam program-program kefahaman Islam untuk tingkatkan diri. Pelbagai daurah, penerangan, tazkirah dan sebagainya yang menerangkan tentang peri-pentingnya dakwah dan betapa dakwah itu wajib. Dan juga, kita meyakini tiada cara lain utk ke syurga Firdaus al-A’la melainkan melalui mengajak manusia utk kembali kepada Allah. Sekiranya kita telusuri sejarah dunia, kita akan lihat bhw keamanan manusia sejagat hanyalah akan dapat dicapai melalui adanya manusia yg berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan risalah dakwah kpd manusia. Continue reading

Advertisements

Dan akhirnya…

Posted in Life on June 9, 2008 by jabalnurr

Dalam sebuah ayat, Allah berfirman “…wa la tamuutunna illa wa antum muslimuun” (…dan janganlah kamu mati melainkan kamu muslim). Ulama berselisih pendapat tentang perlaksanaan terhadap ayat. Ini kerana kurangnya ilmu kita tentang bilakah tarikh dan masa kematian setiap drp kita. Ulama berpendapat, cara untuk kita bersedia adalah dengan cara mempastikan bahawa setiap detik drp kehidupan kita mestilah ibadah kepada Allah dalam segala bentuknya. Dalam sebuah hadith, disebutkan semasa manusia berumur 40 tahun, Allah akan memberikan petanda kpd manusia sama ada dia akan termasuk di kalangan ahli syurga atau pun neraka. Perihal ini disokong oleh ahli psikologi, di mana, ketika manusia berumur 40 tahun, secara psikologinya, manusia akan kembali semula kepada perangai-perangai dan sikap-sikap mereka yg terdahulu dan akan berterusan dengannya. Perubahan drp sikap-sikap dan perangai-perangai tersebut semasa umur 40 tahun adalah perkara yang jarang berlaku, dan kalau berlaku pun hanyalah dengan rahmat dan kasih Allah.
Continue reading