Dan akhirnya…

Dalam sebuah ayat, Allah berfirman “…wa la tamuutunna illa wa antum muslimuun” (…dan janganlah kamu mati melainkan kamu muslim). Ulama berselisih pendapat tentang perlaksanaan terhadap ayat. Ini kerana kurangnya ilmu kita tentang bilakah tarikh dan masa kematian setiap drp kita. Ulama berpendapat, cara untuk kita bersedia adalah dengan cara mempastikan bahawa setiap detik drp kehidupan kita mestilah ibadah kepada Allah dalam segala bentuknya. Dalam sebuah hadith, disebutkan semasa manusia berumur 40 tahun, Allah akan memberikan petanda kpd manusia sama ada dia akan termasuk di kalangan ahli syurga atau pun neraka. Perihal ini disokong oleh ahli psikologi, di mana, ketika manusia berumur 40 tahun, secara psikologinya, manusia akan kembali semula kepada perangai-perangai dan sikap-sikap mereka yg terdahulu dan akan berterusan dengannya. Perubahan drp sikap-sikap dan perangai-perangai tersebut semasa umur 40 tahun adalah perkara yang jarang berlaku, dan kalau berlaku pun hanyalah dengan rahmat dan kasih Allah.

Menyoroti topik ini mengingatkan saya kpd dua peribadi yg penting dlm kehidupan saya. Dalam masa setahun, saya berhadapan dengan dua kematian dalam keluarga yg terdekat, iaitu datuk sebelah ayah (Julai ’07) dan ayah mentua saya (Mac ’08) [semuga mereka berdua ditempatkan di syurga bersama para Nabi, siddiqin, syuhada dan solihin; merekalah sebaik2 teman].

Yang menarik dan releven dengan topik ini adalah bagaimanakah kehidupan dan sikap serta pembawaan keduanya di penghujung usia mereka.

Datuk saya dahulunya merupakan seorang tok imam di kampung. Semasa zaman mudanya, dia banyak menentang amalan-amalan khurafat orang kampung yang menyembah Semangat Padi sehinggakan ramai yang tidak menyukainya, walaupun sebenarnya ramai yg menghormatinya. Dia juga banyak mengajar al-Quran kepada anak-anak orang kampung. Sehinggalah ke akhir hayat, dia merupakan orang yg sangat dekat dengan masjid dan istiqamah dalam amal2 ibadah fardiah (peribadi) – zikir, solat, puasa etc. Di hujung usia, dia ditimpa cancer sehingga mengganggu saraf otaknya menyebabkannya nyanyuk, tidak mengenali orang dan tidak boleh bergerak – hanya terbaring. Kesan kehidupan mudanya, terlihat semasa sakitnya. Kadang-kadang di tengah malam, beliau terjaga:
“Ayu*, nok amik air semaye”
[Kelate: Ayu, ayah nak ambil wudhu”; Ayu – nama penjaga]
“Belum ayah, belum. Sekarang jam 3 pagi ayam. Tidur dahulu ya…”

Selain itu juga, Allah memelihara lidahn dan aibnya. Walaupun dalam keadaan sedemikian, kalau dia tidak makan atau tidur, lidahnya tak berhenti-henti berzikir kepada Allah. Pernah satu ketika, semasa pagi hari raya, bapa saudara saudara saya yg juga merupakan seorang doktor, cuba utk membuat intravenous injection (ie. cucuk jarum ke lengan utk masukkan air). Injection terpaksa dilakukan beberapa kali kerana kulit datuk dah agak keras dan ‘liat’ dek usia. Disebabkan kesakitan, datuk mengaduh: “Eh, eh apa nih?! Astaghfirullahal aziim. A’uzubillahi minasy syaitonir rajiim.” Kata-kata datuk membawa senyum di bibir ahli keluarga yg ada di sekeliling. Dalam keadaan dia tak dapat mengingat orang sekeliling, kadang-kadang anaknya sendiri dilupa, tetapi ingatan terhadap Allah tetap utuh dlm jiwa dan hati, terpahat kemas kerana ditempat bertahun-tahun. Tiada kekuatan baginya selain kekuatan Allah utk membantunya menghadapi orang yg menyakitinya.

Ayah mentua saya pula, sejak saya mengenali beliau sebelum berkahwin, sentiasa berpesan supaya mengingati Allah dalam sentiasa perkara dan perbanyakkan zikir; “Setiap kali nak naik kereta travel, jangan lupa baca ayat kursi 5 kali, insyaAllah selamat. Jangan lupa ye baca…”. Setiap kali berbicara kepadanya, apa sahaja yang berlaku dalam kehidupannya, akan dikaitkan dengan rahmat atau ujian Allah. Kalau diberi rezeki yg banyak hasil tanaman kelapa sawitnya, akan dikaitkan dengan nikmat Allah kepadanya yg sentiasa cuba utk mendekatiNya. Apabila ditimpa penyakit stroke, dikaitkan dengan peringatan Allah kepadanya utk tidak berasa takabbur dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan kepadanya. Apa-apa sahaja, sentiasa dikaitkan dengan Allah dalam kehidupannya.

*******

Dalam satu kisah di zaman tabien, satu peribadi bernama Hajjaj bin Yusuf sedang tenat menghadapi maut. Hajjaj ini, pada zamannya merupakan seorang pemerintah umat Islam yang zalim – diakui oleh ulama’-ulama’ di zamannya. Ramai ulama-ulama dan orang-orang yang menentangnya diseksa dan dibunuh. Kisah yang terkenal melibatkan Hajjaj adalah kisah Hajjaj dan Said bin Jubair yang dibunuhnya. Semasa nazaknya Hajjaj, diceritakan bahawa beliau sempat meminta ampun daripada Allah:

“Ya Allah, ampunlah aku kerana mereka semua [rakyat Hajjaj] mengatakan bahawa Engkau tidak akan mengampunkan aku.”

Kata-kata tersebut, iaitu meminta keampunan di kala nazak adalah satu rahmat yang besar yang hanya dikurniakan oleh hamba-hambaNya yang terpiliha sahaja. Kes ini menjadi sumber ketidak-puas-hatian Umar Abdul Aziz yang hidup sezaman dengannya. Masakan tidak, Hajjaj merupakan seorang manusia yang zalim, tak mungkin mendapat kurniaan sedemikian rupa! Tapi itulah takdir Allah. Umar menceritakan kes ini kepada Al-Hasan Al-Basri.

“Betulkah dia berkata begitu?”
“Betul!”
” ‘Asa…” [Arab: Semuga Allah terima]

Ulama’ berbahas apakah yang menyebabkan Allah mengurniakan rahmatNya yang sebegitu tinggi kepada satu peribadi yang dikenali kezalimannya oleh seluruh masyarakat Islam sezaman dengannya. Akhirnya, ulama’ meletakkan mungkin kurniaan Allah itu diberikan atas kerana jasanya yang begitu besar kepada umat Islam. Apakah jasa Hajjaj yang sebegitu besar itu? Apa yang anda biasa baca setiap hari, itulah jasanya yang dirasai oleh umat Islam hingga kini. Iaitu baris-baris huruf di dalam Al-Quran (ie. fathah/baris atas, kasrah/baris bawah, dhammah/baris depan). Dahulunya, semasa quran mula-mula ditulis, huruf-hurufnya yang tiada titik, apatah lagi baris! Tapi masih lagi dapat dibaca oleh umat-umat Islam pada masa itu. Hajjaj melihatkan Islam berkembang pesat, ramai orang-orang yang bukan Arab telah masuk ke dalam Islam. Beliau risau Al-Quran tidak dapat dibaca oleh muslim-muslim baru ni! Maka, beliau memerintahkan untuk direka satu sistem untuk memudahkan bacaan bagi orang-orang bukan Arab; dan akhirnya terhasillah sistem Al-Quran yang kita gunakan sekarang. Jasanya yang besar manfaatnya untuk umat Islam yang terkesan sehingga ke hari ini memberikan satu kelebihan yang besar kepada Hajjaj sehingga Allah memberikan rahmat kepadanya tika nazak.

*******

Kehidupan dan kematian dua peribadi penting dalam hidup saya ini memberikan pengajaran dan kesan yang mendalam dalam jiwa. Apa yg kita lakukan dimuka bumi ini akan Allah ganjar dan balas. Pengakhiran kita dalam kehidupan – samada husnul khatimah (sebaik2 pengakhiran) atau su’ul khatimah (seburuk2 pengakhiran) – amatlah bergantung kepada amalan apakah yg kita lazimi dalam kehidupan kita. Kalau kita biasakan diri kita berkorban untuk islam, segala apa yg kita lakukan kita harap menyumbang kepada Islam, penjagaan kita terhadap agama Islam ini dengan melakukan dakwah kepadanya; Allah akan menjaga kita di lemahnya kita, di kala aib kita terdedah, Allah akan tutupkan. Tetapi sebaliknya sekiranya kita menghabiskan masa kita sejak muda lagi dengan sia-sia, maka Allah akan membiarkan kita dengan kelemahan dan aib kita, Allah kekalkan kita dalam kelalaian kita, malah mungkin lebih teruk, Allah ‘dorong’ kita untuk terus berbuat maksiat sepertimana Allah menjaga kesihatan Firaun supaya ‘memudahkan’ dia melakukan kezaliman. Supaya di akhirat nanti Allah balas dengan seburuk-buruk balasan2. Na’uzubillahi min zaalik.

Satu lagi persediaan untuk pengakhiran kehidupan kita adalah dengan cara untuk kita meninggalkan kesan untuk dunia. Bak kata pepatah melayu: “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama [jasa].” Biar kematian kita dirasai dunia sebagai satu kehilangan, dan didambakan lahir lagi orang-orang seperti kita. Bagaimanakah jasa yang kita tinggalkan ini boleh membantu kita? Berdasarkan hadith Nabi riwayat Al-Bukhari; “Barangsiapa yang menyuruh seseorang kepada kebaikan, dia akan mendapat [pahala] sama seperti orang yang membuatnya.” Jasa baik yang kita tinggalkan akan menjadi sunnah yang baik yang akan diikuti oleh manusia, akan menyumbangkan pahala kepada kita walaupun mati. Inilah dia MLM* yang sebenar-benarnya!!

Akhirul kalam, nasihat saya, terutama dan lebih penting kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian agar melazimkan ibadah dlm kehidupan kita. Carilah satu-satu amalan yang kita biasa dan mudah untuk melakukannya dan iltizamlah. Seperti seorang sahabat yang melazimkan mengampunkan dosa sahabat-sahabatnya sebelum tidur setiap hari sehingga akhirnya Nabi menggolongkan dia termasuk ahli syurga. Semoga pengakhiran hidup kita adalah sesuatu yg dikenang manusia kerana membawa jasa kepada dunia. Dan akhirnya kita ditempatkan di syurga bersama2 para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin, dan merekalah sebaik2 teman.

Wallahul musta’an.

——

*MLM = Multi Level Marketing

2 Responses to “Dan akhirnya…”

  1. al_fakir Says:

    jazakallah atas perkongsiannya. maafkan, kerana tidak tahu tentang pemergian datuk dan mertua. takziah.- harap belum terlalu terlambat, walaupun dah (sebuah hak ucapan yg mesti ditunai sbg hak ukhuwwah). dr perkongsian ini, antara pengajaran yg saya petik utk diamalkan ialah 1)membiasakan diri dgn amal soleh, amal dakwah dan ibadah fardhi 2)menjaga -hak- Allah, agar Allah menjaga saya (spt-nya kata Ustaz Aidh al Qarni) 3)meninggalkan jasa amal jariah 4)memaafkan manusia sebelum tidur (good idea). fadhilah kamsah juga kata memaafkan ialah amalan ‘let it go’/melepaskan ‘beban’ yg akan menyebabkan jiwa kita lebih tenang dan ringan. jzklh. wsslm.

  2. ana tertegun dgn peribadi datuk nta.ana xsmpt bkenal rapat dgn datuk ana sbb dia terkena buatan org tp apa yg ana perasan, solat dia xpnah tlupa wpon benda2 lain dia lupa dan pengakhirannya meninggalkn dalam ketika sujud.moga Allah berikan sifat yg sama pd kita ank cucu warisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: