Proaktif

Segala puji bg Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat nabi junjungan kita Muhammad saw, ahli keluarganya, sahabat2nya serta mereka yg mengikuti jalannya sehingga ke hari akhirat.

Sebagai seorang pendakwah, suatu kebiasaan terlibat di dalam program-program kefahaman Islam untuk tingkatkan diri. Pelbagai daurah, penerangan, tazkirah dan sebagainya yang menerangkan tentang peri-pentingnya dakwah dan betapa dakwah itu wajib. Dan juga, kita meyakini tiada cara lain utk ke syurga Firdaus al-A’la melainkan melalui mengajak manusia utk kembali kepada Allah. Sekiranya kita telusuri sejarah dunia, kita akan lihat bhw keamanan manusia sejagat hanyalah akan dapat dicapai melalui adanya manusia yg berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan risalah dakwah kpd manusia. Dalam entri saya yang pendek ini, tidaklah ingin saya sebutkan kembali tentang kewajipan dakwah. Saya yakin sudah saudara-saudara pun faham perkara ini dan insyaAllah telahpun yakin dengan betapa wajibnya dakwah. Apa yg ingin saya sebutkan adalah tentang bersegera dalam melakukan kebajikan – yang merangkumi semua perkara terutama dakwah, ataupun dalam bahasa moden: PROAKTIF. Sekiranya kita lihat pada sejarah dakwah, kita akan lihat bahawa dakwah itu berkembang subur kerana adanya peribadi-peribadi yang sentiasa mengambil langkah pertama untuk sebarkan dakwah. Peribadi-peribadi inilah yg menjadi perintis kepada satu-satu usaha. Kita lihat bagaimana Hassan Al-Banna memulakan dakwahnhya di Ismailiah dengan membuat kelas-kelas kecil mengajr islam. Padahal kita tahu bhw HAB hanyalah seorang guru Bahasa Arab, mengapakah perlunya seorang guru bahasa memulakan dakwah padahal di mesir dipenuhi ulama’? Kita lihat pula bagaimana Nabi Ibrahim mengambil langkah proaktif berdakwah kpd kaumnya dgn satu cara yg cukup berhikmah – iaitu dgn memecahkan patung-patung sembahan kaumnya untuk memulakan dialog berhujah bersama kaumnya. Bahkan Nabi junjungan kita sendiri, Nabi Muhammad saw sentiasa memulakan satu2 amalan soleh utk diikuti oleh umatnya.

Al-Quran byk menyebutkan tentang saranan bersegera melakukan kebaikan – fastabiqul khairat, wa saari’u ila maghfiratin min rabbikum… – menggalakkan kita menjadi orang pertama melaksanakan amal soleh dan usaha dakwah. Sekiranya orang lain mengikuti amal soleh yg kita lakukan, kita akan dapat ganjaran sama seperti orang melakukannya: ad-daallu ‘alal khairi ka faa’ilihi (= orang yang menyuruh kepada kebaikan adalah sama seperti orang yang melakukannya [dalam mdpt ganjaran]). Bahkan bersegera melakukan kebaikan merupakan salah satu ciri para syuhada’. Tidak inginkah kita tergolong dalam orang yang mati syahid?

Sekiranya kita perhatikan kepada dakwah yang sedang berlangsung di sekeliling kita, kita akan dapati bahawa dakwah ini digerakkan oleh peribadi-peribadi yang pantas dalam usaha-usaha mereka dan menjadi ‘pemula’ dan perintis kpd usaha tersebut. Sekiranya ramai ‘pemula’ ini, maka dakwah yg kita lakukan ini akan berkembang dengan pesat dan cantik. Maka disini saya ingin menyeru diri sendiri dan juga saudara-saudara sekalian untuk senantiasa menjadi proaktif dalam apa sahaja usaha yg kita lakukan, terutamanya dalam dakwah kita. Jgnlah kita tergolong di kalangan al-musawwifuun (org yg sentiasa kata ‘saufa’ [nanti]) dan menjadi kawan Zuljausyan Ad-Dhababi*.

Wallahul musta’an

———

*Zuljausyan al-Dhababi r.a., seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang tidak menyertai Islam kecuali selepas pembukaan Mekah. Padahal, Rasulullah SAW. telah mengajaknya kepada Islam selepas peperangan Badar
Baginda bersabda: “Mahukah kamu menjadi seorang dari angkatan pelopor pertama di dalam
urusan itu”?

Dia berkata: “Tidak.”
Baginda bersabda: “Apakah yang menahan kamu daripada masuk Islam”?
Dia menjawab: “Aku telah melihat kaummu mendustakan kamu, mengusir kamu dan memerangi kamu. Tengoklah nanti. Jika kamu mengalahkan mereka, aku beriman kepadamu dan aku akan mengikutmu. Jika mereka mengalahkan kamu, aku tidak akan mengikutmu.”

…..Setelah beliau masuk Islam, dia sentiasa berdukacita dan menyesal kerana tidak segera memeluk Islam ketika diajak oleh Rasulullah S.A.W.

3 Responses to “Proaktif”

  1. update2. hehe

  2. […] Proaktif (boleh lihat juga tulisan saya tentang perkara ini di sini.) […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: