Prihatin

Link: ISMAweb.net

Apabila cuti sekolah anak-anak saya yang duduk di hostel akan balik ke rumah. Isteri saya selalunya akan sibuk memasak melayan kehendak mereka. Maklumlah makan di hostel ni tak berapa “best” katanya, “masakan ummi lagi sedap”. Pandai juga mereka memujuk hati isteri saya yang terangkat sikit bila di puji begitu. Semasa cuti sekolah selalunya rumah saya riuh sedikit. Bukan apa, ini kerana isteri saya selalu berleter pada anak-anak kerana budak-budak ni cukup susah nak buat kerja rumah. Masing-masing mengharapkan orang lain yang buat, akhirnya isteri saya juga yang terpaksa lakukan.

Maka untuk mengelakkan bebanan pada isteri saya dan mengelakkan perkelahian antara anak-anak maka pada cuti sekolah yang lepas saya bermesyuarat dengan semua anak-anak saya. Dengan persetujuan semua, saya dan isteri telah membahagikan tugasan masing-masing pada setiap hari. Ada yang kena angkat sampah, ada yang kena cuci pinggan, cuci meja dll. Alhamdulillah peringkat awal semua berjalan lancar. 

Namun pada satu hari ketika saya balik dari kerja, saya nampak banyak pinggan tak di basuh dalam singki. Mengikut jadual, Kak Ngah patut basuh. “Kak Ngah…..kenapa tak basuh pinggan ni?” saya memanggil. “Takkan Angah nak basuh lagi, tadi Angah dah basuh tengahari tadi. Patutnya tengahari tadi Kak Alang tapi dia malas jadi Angah basuhlah. Hah.. malam ni biarlah dia basuh pulak. Angah dah basuh untuk dia, dia kenalah ganti”. Begitulah anak kedua saya merungut. “Alang, kenapa tak basuh pinggan tu?”  tanya saya pada anak ketiga yang baru darjah enam. “Malam ni giliran Kak Ngah..kan, biarlah dia basuh” jawab beliau. “Tapi kenapa Alang tak basuh pinggan tengahhari tadi?” tanya saya lagi, ingin tahu. “Alahhh… Alang penat sangatlah Abah….tertidur” jawabnya lagi. Saya kemudian berpaling kepada anak kedua saya dan berkata, “Beginilah…” ujar saya yang dalam usaha untuk cuba mendamaikan keaadaan, “kan Kak Ngah ni lebih tua, tak apalah Kak Ngah buat kerja lebih sedikit untuk bantu adik, dia letih tengahari tadi. Bantu orang lain ni kan dapat pahala….besar ganjarannya.” “Tapi Abah…kan kita dah bagi tugasan…kenalah jalan tugas masing-masing. Kak Alang tu kenalah buat kerja dia…” balas anak kedua saya.

Saya termenung seketika. Saya cuba analisa keadaan ini. Bagi saya kedua2 anak saya ada hujah. Si Alang terlalu letih, bukan tak mau buat kerja tengahari itu. Angah pulak berhujah masing2 perlu jalankan tugas, jika orang lain ambil alih, maka orang itu perlu menggantikannya.

Mungkin ini hanya contoh kecil tetapi saya perhatikan di dalam reality hidup, mungkin ia juga berlaku. Setiap organisasi yang baik biasanya mempunyai senarai tugasan yang jelas kepada setiap kakitangan atau ahli. Alhamdulillah semuanya akan berjalan baik jika setiap anggota/kakitangan menjalankan tugasan dengan sempurna. Cuma kita semua tahu setiap manusia itu ada masa kuat dan lemahnya. Adakala dia ingat, adakala terlupa. Adakala dia mampu lakukan semuanya, ada masa dia tidak tercapai. 

Malangnya apabila dia berada di dalam keadaan lemah ini jarang kita dapati ada tangan-tangan yang sanggup menghulurkan bantuan. Kita lebih mudah memuhasabah mereka kerana tidak menjalankan tugasan dengan baik daripada memberi bantuan walaupun ia bukan bidang tugasan kita. Semua jari akan menuding ke arahnya. Dari segi berhujah memang tidak ada salahnya kita mengambil pendekatan sedemikian kerana itu tugasan dia, orang lain tak boleh campur kerana itu mungkin mengganggu birokrasi dll.

Dalam keadaan demikian, jika dia seorang yang kuat maka dia akan mampu menghadapinya tetapi jika dia seorang yang lemah jiwanya maka akan berlakulah kekecewaan atau kecil hati dsbnya. Kebiasaanya sebagai orang Melayu, memang sukar untuk kita terima komentar dari orang lain. Akhirnya, bukan saja kerja tidak selesai malah kita mungkin akan kehilangan pembantu-pembantu yang baik.

Untuk membantu orang lain ini bukan kerja yang senang. Ia memerlukan satu perasaan yang prihatin dan sifat suka menolong. Banyak hubungan kita hari ini menjadi “kering” mungkin kerana tidak adanya sentuhan2 dari “tangan-tangan” yang sanggup membantu. Ketika para sahabat sudah tidak ada tenaga untuk memecahkan batu untuk membuat parit, tanpa menyalahkan mereka, datang Rasulullah saw untuk membantu. Baginda bukan hanya sekadar membantu malah memberikan kata-kata semangat kepada para sahabat Baginda dengan menjanjikan kota Rom dan Parsi akan jatuh ke tangan tentera-tentera islam. Inilah contoh bagaimana Rasulullah saw menanamkan sifat perihatin di dalam jiwa para sahabat. Para Murabi harus melihat perkara ini dan memikir bukan saja mengajar anak buah membuat sesuatu kerja dengan serius tetapi juga mengajar perlunya ada sifat keperihatinan di dalam jiwa mereka.

Selepas beberapa persuasion, akhirnya Kak Ngah setuju untuk membasuh pinggan tetapi dari raut mukanya saya tahu dia tidak puas hati dan marah pada Kak Alang. Peristiwa ini benar2 mengajar saya betapa pentingnya mentarbiyahkan mereka dengan sifat keperihatinan ini.

One Response to “Prihatin”

  1. salam. jzklh. betul..3x

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: