Pro-Kontra Isu Ketuanan Melayu

Maaf. Buat beberapa ketika ini saya tidak dapat/mampu/mahu menulis entri sendiri di dalam blog (yg tercinta) ini. Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya tentang apa yg berlaku di sekeliling dunia peribadi dan dunia sekitar saya. Namun, saya menemui jawapan atau ulasan yg lebih baik daripada terhadap persoalan-persoalan tersebut dalam bacaan saya. Jadi saya kongsikan bersama anda. 

Semuga bermanfaat.

-Jabalnurr-

******************

Pro-Kontra Isu Ketuanan Melayu

Oleh Ustaz Abdullah Zaik
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 

Link: ISMAweb.net

Saya sendiri tidak merujuk istilah ini kepada mana-mana rujukan dan tidak pasti secara tepat apa mafhumnya. Jadi saya gunakannya mengikut skop tafsiran dari berbincangan semasa.

Saya rasa terpanggil memandangakan akhir-akhir ini ia menjadi istilah yang semakin laris diperkatakan sama ada oleh puak yang setuju atau yang tidak setuju. Saya sendiri terpaksa analisa dulu apa maksudnya sebelum menyatakan pendirian. Namun begitu saya rasa semua orang setuju bahawa isu ini perlu dijelaskan.

Saya melihat ada orang melihat ia dengan mafhum “cauvinis”, maksudnya hegemoni bangsa Melayu atas bangsa lain dengan menganggap bahawa Melayu adalah bangsa yang paling mulia di mana bangsa lain di cipta untuk berkhidmat kepadanya seperti dakwaan Yahudi dan Nazi.

Sebelum pergi jauh saya tidak setuju bahawa mafhum seperti itu wujud di Malaysia atau dalam pemikiran orang Melayu.

Pejuang “rakyat” yang berpegang dengan konsep “multy-racial” mengambil tafsiran tersebut untuk mengutuk UMNO dan menyeru kepada mafhum merit atau kesamarataan antara kaum tanpa mengira bangsa atau agama. 

Benarkah “ketuanan Melayu” ini begitu negatif dan buruk sehingga orang Melayu sendiri mengutuk Melayu. Saya rasa wujud ketidaktentuan dalam maslah ini yang perlu diperjelaskan. 

Saya bimbang kita jadi tidak objektif dalam maslah ini.
Berdasarkan takrif perlembagaan Malaysia, Bangsa Melayu merujuk kepada tiga perkara iaitu Bahasa Melayu, Agama Islam dan budaya, bukan kepada rumpun tertentu seperti Jawa, Sunda, Batak atau sebagainya. Ini bermakna tiga ciri tersebut membentu identiti nasional umat Melayu. Orang yang bercakap bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya hidup Melayu (yang berteraskan Islam) maka mereka adalah Melayu. 

Ini menunjukkan betapa sinonimnya hubungan antara Islam dengan Melayu. Persis seperti Arab dengan Islam. Nabi sebut Arab itu bahasa dan dibawahnya ada berbagai rumpun seperti Quraisy dan lain-lain. 

Apabila disebut ketuanan Melayu maknanya ketuanan Islam. Berdasarkan faktor sejarah negara ini adalah Negara Islam. Maka munasabahlah jika mereka menjadi tuan. Tuan bukan bermaksna hegemoni yang menzalimi orang lain tetapi tuan sebagai hak asal. Nama Malaysia sebelum ini pun adalah Tanah Melayu.

Barangkali hikmat Tuhan juga di Malaysia kita tidak ada satu nilai integrasi seperti PANCASILA di Indonesia, jadi ada istilah bangsa Indonesia kita tidak ada istilah bangsa Malaysia. 

Oleh itu bahasa Malaysia adalah bahasa Melayu, agama Malaysia adalah agama Islam, budaya Malaysia ialah budaya Melayu (yang berterasakan Islam), di samping intitusi raja Melayu adalah tonggak penting kenegaraan Malaysia. 

Adakah pejuang rakyat dan pendokong ideologi “multi racial” akan menafikan hakikat ini?. 

Saya rasa sekadar ingin memperbetulkan kesilapan dalam hal layanan terhadap kaum yang beragama lain saya rasa kita tidak perlu mengubah identiti Negara kita atau mengutuk isitilah “ketuanan Melayu” atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang melampau.

Masalah kecacatan pentadbiran UMNO/BN perlu diperbaiki atau di tentang ok, tetapi jangan sampai keliru identiti, kerana bila kita keliru identiti, politik kita juga akan keliru. Ertinya kita berpolitik untuk apa? 

Saya tidak setuju jika perjuangan kebangsaan Melayu menganggap Melayu lebih mulia dari bangsa lain dan menceraikan budaya Melayu dari Islam, dengan menghidupkan wayang kulit, dikir barat dan sebagainya kononya itulah nilai kemelayuan. 

Saya tidak setuju itu.

Tapai saya ingin tegaskan bahawa Melayu lebih mulia dari bangsa lain di Malaysia dengan Islam mereka, dan saya tegaskan juga bahawa muslim dari kaum lain adalah satu bangsa dan satu umat dengan kita.

Saya pun tidak setuju jika atas dasar perjuangan Islam menafikan peranan Melayu sepanjang sejarah, kononnya Islam ialah nilai universal dan menafikan peranan orang Melayu sebagai umat Islam tonggak di rantau ini yang memperjuang dan menjaga kesinambungan ketuanan Islam di rantau ini. 

Ini tidak menafikan bangsa lain kalau mereka Islam dan saya tidak membezakan manusia atas asas semata-mata bangsa, tetapi kita tidak boleh menafikan hakikat/uruf (kebiasaan) bahawa Melayu adalah beragama Islam (kalau ada seorang dua berbanding bila kita sebut Cina atau India ia akan merujuk kepada bukan Islam). Saya sedih orang melayu yang menyamakan orang Melayu dengan bangsa lain yang tidak Islam, kononya hak sama rata antara rakyat berbilang kaum.

Tinggal lagi soalan adakah orang masuk Islam itu sama dengan masuk Melayu? 

Tidak semestinya tetapi boleh jadi. Orang Mesir dulunya bukan orang Arab tetapi telah menjadi Arab dengan kemasukan mereka dalam Islam. Itu juga lah yang berlaku selama ini orang masuk Islam telah menjadi masuk Melayu. Tetapi Melayu mereka bukan kerana mengucap tetapi dengan berlaku proses yang dipanggil transformasi bangsa. Bila orang Cina masuk hendak berkahwin dengan orang Melayu dia kena masuk Islam, dan apabila mereka mendapat anak, anak mereka akan didaftar sebagai beragama Islam dan berbangsa Melayu. 

Tidakkah ini satu pencapaian sejarah yang perlu kita pertahankan, kenapa kita harus undur ke belakang kerana mengambil hati bangsa lain. Saya tidak mengatakan bahawa keadaan yang ada itu ideal tetapi antara dua yang tidak baik, kita pakai yang kurang mudharatnya. Kaedah fekah menyebut; mengubah mungkar tidak harus menybabkan mungkar yang lebih besar.

One Response to “Pro-Kontra Isu Ketuanan Melayu”

  1. salam dari Dublin.. pekaba?? saje2 bloghopping, terhop ke sini pulak.. anyway, kalau rajin, dtg laa jenguk2 blog hamba..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: