Archive for March, 2009

Pelajaran dari Gaza untuk Kaum Wanita

Posted in Anekdot, Dakwah, Tazkirah, Wanita & Kekeluargaan on March 26, 2009 by jabalnurr

Pelajaran dari Gaza untuk Kaum Wanita

Oleh Wan Ahmad Sanadi
Ahli ISMA Shah Alam 

rasya

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan “Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA”.

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan
Israel. Continue reading

Advertisements

Kita Bagaimana?

Posted in Anekdot, Dakwah on March 22, 2009 by jabalnurr

bike

“Saya dapati salah seorang ahli ikhwan, al-Ati Ali Abul ‘Ala selalu dtg lewat setengah jam ke perjumpaan kami di waktu malam. Dia memberi alasan-alasan yg tidak berasas. Setelah menyiasat, saya mendapat tahu sebab sebenarnya. Dia memberitahu saya bahawa dia telah berjanji hendak memberi 150 Qursh kepada tabung kewangan Ikhwan. Dia tidak berwang. Oleh itu dia menjual basikalnya utk mendapatkan wang itu. Kini dia terpaksa datang dari pejabatnya dengan menaiki bas nombor 6 yg meninggalkannya 6 kilometer dari bandar. Dia terpaksa berjalan kaki dari situ. Dia telah memberi wangnya itu kepada tabung Darul Ikhwan. Kesemua ahli-ahli Ikhwan yg lain tertarik dengan pengorbanan Asti Ali Abul ‘Ala. Berikutan itu, mereka mengambil keputusan mengumpul wang utk membeli basikal baru utknya. Basikal itu dihadiahkan kepadanya sebagai menghargai pengorbanannya.”

Kita bagaimana, sanggupkah anda menjual basikal anda?

-Detik-detik hidupku (Muzakkiratud Daie wad Da’iyah)

ISHAB

Huruf ‘A’ ada 20 kesemuanya

Posted in Thought pool on March 13, 2009 by jabalnurr
Pelajar Terbaik SPM 2008

Pelajar Terbaik SPM 2008 (yang bertudung ungu bukan yang berbaju oren)

Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut…

Perkara pertama yang bermain di kepala saya apabila membaca berita ini, bahkan juga setiap kali keputusan SPM diumumkan saban tahun adalah: “Buat apa ‘A’ banyak-banyak??”

Continue reading