Huruf ‘A’ ada 20 kesemuanya

Pelajar Terbaik SPM 2008

Pelajar Terbaik SPM 2008 (yang bertudung ungu bukan yang berbaju oren)

Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut…

Perkara pertama yang bermain di kepala saya apabila membaca berita ini, bahkan juga setiap kali keputusan SPM diumumkan saban tahun adalah: “Buat apa ‘A’ banyak-banyak??”

Persoalan tersebut bukanlah hendak memperkecilkan usaha manusia-manusia hebat ini. Tetapi berdasarkan pengetahuan dan pengalaman semasa saya belajar dahulu, penilaian untuk kita masuk ke universiti untuk ambil jurusan-jurusan ‘popular’ seperti perubatan dan kejuruteraan hanyalah bergantung kepada 1 atau 2 subjek, malah paling banyak pun 3 subjek sahaja. Matapelajaran biologi dan kimia untuk perubatan, fizik dan kimia untuk kejuruteraan. Dapatlah 43 1A sekalipun, tetapi jika 3 subjek di atas tidak dapat keputusan yang dikehendaki (paling kurang 3B), menangis airmata darah sekalipun tak akan diterima masuk (melainkan anda ke universiti swasta…). Jadi, sebenarnya kalau anda dapat 1A untuk tiga subjek tu, insyaAllah dapat jadi doktor. Jadi, tak perlu la banyak-banyak…🙂

Walaupun pada pendapat saya, tak perlulah untuk ‘kumpul’ banyak-banyak ‘A’, tapi sebenarnya saya merasakan di sebalik 20 1A atau pun 17, atau 12, ada satu lagi perkara yang jauh lebih bernilai bagi tuan milik ‘A’ yang banyak tersebut yang akan membantunya dalam kehidupan yang akan datang. Pelajar-pelajar yang mendapat sedemikian banyak A sebenarnya telah melatih dirinya untuk memiliki sifat-sifat yang patut ada pada orang yg berjaya. Dengan sifat-sifat ini, tidak kira apa sahaja kelulusan akademik yang ada pada dirinya, insyaAllah dia akan dapat hidup senang. Berikut adalah sebahagian sifat-sifat orang yang berjaya:

Tersusun (Organized)

Pelajar-pelajar ini akan melatih dirinya untuk pandai menyusun masanya. Masanya perlu disusun dengan baik untuk memastikan bahawa setiap daripada 20 subjeknya itu diberikan keutamaan dan perhatian yang sewajarnya. Setinggi mana sekalipun IQ seseorang, tidak boleh tidak dia mesti meluangkan masa untuk meningkatkan ilmu dan pemahaman dalam bidang yang dia ingin menjadi pakar di dalamnnya. Tapi…untuk memastikan jadual yang disusun ini ditepati, maka ia memerlukan sifat yang kedua…

Disiplin

Saya masih ingat lagi saya pernah terbaca tentang pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar yang juga merupakan pelajar Maahad Muhammadi seperti saudari Nik Nur Madihah. Untuk lihat betapa tingginya kemahuan dan disiplin beliau, saya lakarkan sedikit rutin hariannya:

4.30 pagi Bangun untuk solat Tahajjud
5.00 pagi Ulangkaji Pelajaran utk hari tersebut sementara menanti Subuh
6.00 pagi Subuh dan hafazan Al-Quran
7.00 pagi Ke sekolah
8.00 pagi 11.30 tgh Kelas
11.30 tgh – 12.15 tgh Lunch – Makan di kelas makanan yg dibawa dari rumah utk menjimatkan masa
12.15 tgh – 2.30 ptg Sambung kelas
2.30 – 3.00 ptg Solat Zohor
3.00 – 6.00 ptg Stay back’ di kelas untuk sambung belajar sendiri apa yg telah dipelajari pada hari tersebut
6.00 ptg Pulang ke rumah
7.00 ptg Maghrib dan Makan Malam
9.00 mlm – 1 / 2 pagi Sambung ulangkaji pelajaran
— ULANG BALIK RUTIN HARIAN

Sifat ini merupakan salah satu sifat terpenting untuk seseorang itu berjaya dunia, malah juga akhirat. Kita sendiri perlu berdisiplin dengan segala suruhan dan larangan Allah untuk memastikan kita ditempatkan di dalam syurganya. Untuk menjadi seorang yang berjaya di dunianya juga memerlukan disiplin dalam memastikan kerja-kerja yang dibuat siap sehingga akhir.

Proaktif

(boleh lihat juga tulisan saya tentang perkara ini di sini.)

Bak kata pepatah,

“Celakalah orang yang harinya lebih buruk dari semalam; dan beruntunglah orang yang harinya lebih baik dari semalam”

Sifat ini penting untuk memastikan kita senantiasa berada di dalam keuntungan dan kebaikan; serta untuk memastikan bahawa kita sentiasa mengusahakan supaya diri kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita perlu mengambil inisiatif sendiri untuk melakukan muhasabah terhadap diri serta bertanyakan kepada sahabat-sahabat terdekat untuk mengetahui tentang kelemahan diri kita; lantas memperbaikinya.

Tinggi Cita-citanya, Tinggi Lagi Kemahuannya

Pelajar yang berjaya mendapat keputusan tertinggi dalam SPM adalah mereka yang betul-betul memahami apa cita-cita mereka. Bagi mereka, impian dan cita-cita tersebut adalah suatu realiti  dan mereka tahu bagaimana untuk mencapainya. Mereka sanggup melalui apa sahaja demi memenuhi impian indah tersebut. Kemahuan mereka yang tinggi itu menjadi pembakar semangat untuk mereka bertahan dengan segala macam dugaan. Mereka seolah-olah telah merasai kemanisan mendapat pelajar terbaik SPM dan ingin mengecapinya “sekali lagi”.

Cita-cita yang tinggi akan mengambil masa yang panjang. Tanpa kemahuan yang kuat, usaha di permulaan akan habis setakat itu sahaja. Kita boleh tengok contoh kemahuan yang tinggi pada Nabi junjungan kita serta Sahabat-sahabatnya. Bagi mereka, kehebatan syurga benar-benar tergambar di depan mata mereka seolah-olah mereka pernah melawatinya dan mereka tak sabar-sabar untuk betul-betul masuk ke dalamnya untuk selama-lamanya, bukan sekadar melawatinya.

Kerana besarnya cita-cita mereka ini, maka segala halangan yang terpaksa ditempuhi hanyalah duri-duri kemuncup yang kecil di sepanjang perjalanan.

Itulah serba sedikit sifat-sifat yang dibentuk oleh mereka ini dengan latihan yang berpanjangan dan kemahuan yang sentiasa membara. Semuga kita sendiri terus membara dengan kemahuan dan cita-cita yang ingin kita kecapi.

Senarai Pelajar Terbaik SPM 2003-07

Tahun Nama Sekolah Keputusan
2003 Ahmad Atiq Abdul Hamid SM La Salle Klang, Klang 14 1A, 1 2A
Nicholas Pang Tze Ping SM All Saints, Kota Kinabalu 14 1A, 2 2A
Celestina Johnny Bouniu SM All Saints, Kota Kinabalu 16 A
2004 Nur Amalina Che Bakri SMK Ulu Tiram, Johor 17 1A
2005 Chin Shiang Jin SM Kian Kok, Kota Kinabalu 15 1A
Esther Elizabeth Jack SMK Raja Lumu, Klang 15 1A
Chong Huey Ee SMK (P) Treacher Methodist, Taiping 15 1A, 1 2A
2006 Siti Fatimah Mukhtar Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu 17 1A
2007 Azali Azlan SMKA Yan, Kedah 20 1A, 1 2A

—-

Berita selanjutnya tentang Nik Nur Madihah boleh baca di sini dan di sini.

5 Responses to “Huruf ‘A’ ada 20 kesemuanya”

  1. ibnzakaria Says:

    Semangat yang perlu dicontohi..

  2. salam…

    bagi yang terlibat dalam situasi ini, ada relevannya…

    …bertujuan untuk mengubah nasib keluarganya…

    andaikan dirinya berjaya memperoleh 10 atau 11 A1, sama seperti ramai pelajar lain…

    tidak pasti sama ada media akan ambil kisah langsung tentang kondisinya…

    betul kan? =)

  3. Alhamdulillah. Itu pun masih ada orang yg berkata belajar sains ini ilmu sihir & bida’ah. Aku rasa itu ustaz tersalah tafsir.

    • saya rasa kamu perlu dengar penjelasan sepenuhnya ttg perkara ni dgn org2 yg sepatutnya. bukan dengar satu dua perkataan, kemudian dgr pula drp pihak ketiga, keempat mahupun yg kelima, kemudian terus buat kesimpulan…

  4. sudah makan cili rupanya. Elokla,1,2,3,4,5 semua kena tipu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: