Archive for April, 2009

Ciri-ciri Generasi Mujahid

Posted in Tazkirah on April 26, 2009 by jabalnurr

red_mujahid_by_watermelon84

 

Qiam di tengah malam
Generasi yang bangun dan tahajjud di tengah malam. Madrasah Al-Lail telah mengeluarkan graduan-graduan yang mempertahankan agama Islam dan umat Muslimin serta menghapuskan penyembahan sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa.

Kejelasan Fikrah Islam
Kefahaman yang mendalam serta kesyumulannya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Darjat keikhlasan tajarrud yang tinggi
Memperjuangkan Islam kerana Allah semata bukan untuk mengejar Material atau manfaat duniawi.

Bersegera dalam kebaikan
Setiap yang kita laksanakan akan mendapat balasan dari Allah swt dan segalanya untuk diri kita sendiri sebagai bekalan untuk kita berjumpa dengan Allah nanti. Setiap kebaikan yang kita salurkan di jalan Allah akan di beri ganjaran sebanyak orang yang mengikut amal tersebut, begitu juga sebaliknya.

 

Merendah diri sesama mu’min
Firman Allah:

“Dan orang-orang yang bersama dengan dia (Muhammad) adalah keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (mukmin).”

Merasai penderitaan yang ditanggung oleh saudaranya
Mengangkat wajahnya dengan rasa IZZAH apabila berhadapan dengan musuh tanpa mengenal takut dan gentar. Sumber Izzah adalah hasil hubungan yang berterusan dengan Allah swt.

Tidak panjang angan-angan
Setiap detik hidupnya sentiasa mengingati saat-saat kematian. Hidup di dunia tidak lebih hanya sebagai pengembara (orang asing) yang sentiasa beringat-ingat untuk pulang ke negeri asalnya (akhirat).

Ibnu Umar berkata bagi pihak dirinya : Apabila kamu berada di waktu petang jangan kamu menunggu waktu subuh. Begitu juga apabila kamu berada di waktu pagi, jangan menanti-nanti waktu petang. Pergunakan masa sihat kamu sebelum masa sakit dan masa hidup sebelum mati.

Umar Al-Khattab berkata: Di setiap hari orang memperkatakan kematian si ‘Fulan’ dan si ‘Fulan’. Nescaya suatu hari nanti mereka akan menyebut : Umar telah meninggal.”

Kaya Jiwa dan Perasaan
Bukanlah kekayaan sebenar mereka-mereka yang telah berjaya mengumpul harta yang banyak sebaliknya kekayaan sebenar adalah kaya hati dan perasaan. Mampu mengawal perasaan dalam apa keadaan sekalipun, serta tidak mudah melatah.

Menjalinkan persaudaraan kerana Allah
Mengasihi seseorang kerana sifat-sifat yang ada padanya adalah yang dikasihi oleh Allah bukanlah ukhuwwah kerana mengejar manfaat duniawi. Ukhuwwah yang dapat merealisasikan daripada serendah-rendah martabat ukhuwwahiaitu berlapang dada sehinggalah ke martabat ‘ithar’.

Suatu kisah Ikrimah dan dua orang sahabatnya semasa peperangan Yarmuk, masing-masing dahagakan seteguk air. Apabila tiba giliran untuk meminum air tersebut belum sempat minum mereka serahkan kepada saudaranya kerana sayangnya kepada saudaranya sehinggalah mereka syahid tanpa meneguk minuman tersebut.

Begitulah tingginya martabat ukhuwwah para sahabat, begitu juga dengan diri kita yang mengikut jejak langkah Rasulullah dan para sahabat untuk mencernakan ukhuwwah yang sebenar.

Kesabaran
Seorang hamba Allah yang bersabar dalam apa jua keadaan adalah suatu kemenangan dan kebahagiaan baginya.

Sabda Rasulullah saw : “Amat menakjubkan sekali urusan hidup seorang mukmin, setiap urusannya adalah baik belaka. Dan ini hanya ada pada orang yang beriman iaitu sekiranya dikurniakan kenikmatan dia bersyukur adalah mendatangkan kebaikan kepada dirinya. Sekiranya di timpa kesusahan dia sabar juga adalah suautu kebaikan untuk dirinya.”

Advertisements

Once In A Lifetime Chance!!

Posted in Dakwah on April 21, 2009 by jabalnurr
Terlenyapnya Sebuah Kezaliman

Terlenyapnya Sebuah Kezaliman (click to enlarge)

Kesinambungan daripada Rapat Umum Gaza di Stadium Melawati, Shah Alam pada awal tahun 2009, Aman Palestin dengan kerjasama Pembina sekali lagi menganjurkan sebuah program untuk menyuburkan lagi semangat jihad di kalangan umat Islam. Kali ini ditampilkan “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis”. Details spt di atas.

Sila jemput sanak-saudara, sepupu-sepapat, cucu-cicit, anak-beranak, jiran-jemiran dan sesiapa sahaja yang anda kenal mahupun tak kenal untuk turut hadir menunjukkan sokongan kita terhadap umat Islam Palestin. Ayuh, maghi somaghakkan!!

Ringkasan Buku: Kebangkitan Pemuda Islam

Posted in Dakwah, Tazkirah on April 19, 2009 by jabalnurr

islam_21

Dalam satu hadith, Nabi (s.a.w.) kita pernah menyebutkan bahawa islam akan kembali dagang sebagaimana ia dahulunya dagang. Bermakna, akan wujudnya satu golongan minoriti di kalangan manusia yg akan cuba utk perjuangkan islam dan berusaha utk meletakkan islam kembali ke takhtanya…iaitu sebagai Ustaziatul ‘Alam (Penaung dunia).

Dalam tulisan al-Qaradhawi bertajuk “Kebangkitan Pemuda Islam” (2003), beliau mengatakan bahawa fenomena pemuda-pemuda islam bangkit dan kembali kepada ajaran islam yg sebenar adalah suatu fenomena yg ‘real’. Bukannya seperti air bergas yg digoncang dan mengeluar gas sekejap sahaja. Malah ia sedang mengumpul momentum utk melompat dgn lebih jauh.

Namun begitu, kebangkitan ini perlulah dibimbing oleh golongan-golongan qudama’ iaitu syeikh-syeikh yg telah lama berkecimpung dlm dakwah. Semangat orang muda dan kebijaksanaan orang tua. Satu kombinasi yg cukup hebat sekiranya berjaya disatukan. Kebangkitan yg berjaya mestilah mematuhi qanun-qanun atau faktor-faktor yg perlu dituruti atau dilengkapi. Dalam pada menuju kebangkitan ini -atau dengan perkataan yg lebih enak didengar- nahdhah, Syeikh al-Qaradhawi menggariskan beberapa faktor yg diingkari oleh golongan muda dalam usaha mereka. Di sini akan dihuraikan secara ringkas: Continue reading

…dan syaitan pun merasa takut.

Posted in Tazkirah on April 10, 2009 by jabalnurr

main-game

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan shalat, maka si syaitan pun sambil tersenyum bergumam, “Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!”

Begitu juga ketika waktu dzuhur orang ini tidak mengerjakan shalat, si syaitan tersenyum lebar sambil berkata di dalam hati, “Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!”

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, si syaitan mulai terdiam…… Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka syaitan itu menjadi sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, “Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!” Dengan kehairanan manusia ini bertanya, “Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?”.

“Aku takut!”, jawab syaitan dengan suara gemetar. “Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknatNya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!”, kata syaitan sambil berlalu pergi.

Nasyidblog – Suara Firdaus || Orang Muda

Posted in Nasyidblog on April 1, 2009 by jabalnurr

SUARA FIRDAUS || Orang Muda

Tuhan ampunilah hambaMu yang lemah
Kami orang muda banyak pancaroba
Kami sering lupa, malas beribadah
Tak menghormati ibu bapa

Gambaran orang mukmin sebenar
Sentiasa menjaga sembahyangnya
Bertanggungjawab terhadap agama, diri dan juga keluarga
Kanak2 mereka kasihi
Orang tua dihormati

Orang muda kuat tubuhnya
Tajam pemikirannya
Saat paling sesuai beribadah
Usah ditunggu lagi

Orang muda ada disebut mendapat lindungan hari kemudian
Jika mereka melaksanakan
Dua perkara menjadi rebutan

Satunya, berkasihan keranaNya
Berjumpa berpisah kerna ibadah
Duanya, menyatakan tidak kepada
Gadis yang mengajak sumbang
Kita manusia beruntung

Wahai orang muda kita sering lupa
Masa berlalu sekali Cuma

Jangan budayakan tabiat melepak
Kelak kita yang rugi

Membuang masa tiada untungnya
Mari hindari bersama
Kita hindari bersama
Kita hindari bersama
Kita hindari bersama…