Ringkasan Buku: Kebangkitan Pemuda Islam

islam_21

Dalam satu hadith, Nabi (s.a.w.) kita pernah menyebutkan bahawa islam akan kembali dagang sebagaimana ia dahulunya dagang. Bermakna, akan wujudnya satu golongan minoriti di kalangan manusia yg akan cuba utk perjuangkan islam dan berusaha utk meletakkan islam kembali ke takhtanya…iaitu sebagai Ustaziatul ‘Alam (Penaung dunia).

Dalam tulisan al-Qaradhawi bertajuk “Kebangkitan Pemuda Islam” (2003), beliau mengatakan bahawa fenomena pemuda-pemuda islam bangkit dan kembali kepada ajaran islam yg sebenar adalah suatu fenomena yg ‘real’. Bukannya seperti air bergas yg digoncang dan mengeluar gas sekejap sahaja. Malah ia sedang mengumpul momentum utk melompat dgn lebih jauh.

Namun begitu, kebangkitan ini perlulah dibimbing oleh golongan-golongan qudama’ iaitu syeikh-syeikh yg telah lama berkecimpung dlm dakwah. Semangat orang muda dan kebijaksanaan orang tua. Satu kombinasi yg cukup hebat sekiranya berjaya disatukan. Kebangkitan yg berjaya mestilah mematuhi qanun-qanun atau faktor-faktor yg perlu dituruti atau dilengkapi. Dalam pada menuju kebangkitan ini -atau dengan perkataan yg lebih enak didengar- nahdhah, Syeikh al-Qaradhawi menggariskan beberapa faktor yg diingkari oleh golongan muda dalam usaha mereka. Di sini akan dihuraikan secara ringkas:1) Kedangkalan dalam memahami islam dan syariatnya.

– Majoriti pemuda yg bergabung dalam kelompok ini mempelajari islam secara pemahaman sendiri. Mereka berguru kepada buku-buku tanpa pembimbing yg dapat mengarahkannya, menafsirkan masalah-masalah dan istilah-istilah kunci yg samar-samar, mengembalikan masalah-masalah cabang kepada akarnya, dan mengikat bahagian-bahagian induknya.

Padahal dalam mempelajari islam tidak dapat dilpenuliskan dgn jalan pintas, sebab tidak akan terlepas dari hal-hal yg rumit dan berisiko. Hal-hal ini tidak dapat diselesaikan kecuali melalui berbagai latihan dan ketekunan. Menjadi fitnah bg seorang pemuda yg merasakan buku-buku yg dibacanya sudah cukup baginya utk memahami islam, lebih lanjut lg memahami cara dakwah islam itu sendiri.

2) Tidak mengpenulisi kebenaran pendapat orang lain

– Kelemahan lain yg ada pada mereka(pemuda) adalah keterppenulisan(statik) pada satu sudut pandang masalah dan tidak mengpenulisi kebenaran pendapat orang lain dalam masalah ijtihadi yg bersifat zhanni (mempunyai lebih drp satu penafsiran). Sehingga dari masalah-masalah tertentu akan muncul pelbagai pemahaman, ijtihad dan penafsiran. Namun begitu, aliran-aliran ini hidup saling berdampingan, bertoleransi dan bekerjasama. Hal ini tercipta kerana adanya pengertian dari para pengikutnya bahawa setiap mujtahid mempunyai sudut pandangan yg tersendiri. Setiap mujtahid memperoleh dua pahala jika ijtihadnya benar dan satu pahala jika salah. Bila terjadi perbezaan pendapat di antara mereka terhadap sesuatu masalah, maka hal itu diungkapkan dalam bentuk dialog membangun, tidak sampai keluar dari etika ilmiah dlm bentk mencela dan melukai perasaan ahli dialog.

3) Sibuk mempersoalkan masalah-masalah sampingan dan mengabaikan yg pokok.

– Para pemuda aktivis terlampau menyibukkan diri pada masalah-masalah yg tidak jelas prinsipnya dan tidak memberikan perhatian yg memadai dalam masalah-masalah besar yg berhubungan keadaan dan masa depan umat. Mereka mempersoalkan kembali masalah-masalah usang yg telah lama diperdebatkan. Misalnya: memelihara janggut, memanjangkan pakaian hingga menutup mata kaki; berbanding masalah umat yg jauh lebih besar -isu palestin, isu umat islam yg semakin jauh dr islam etc.

4) Berdialog (berdebat) dengan pendekatan yg kasar

– Kelemahan lain pada kelompok pemuda ini adalah cara mereka berdialog dgn orang lain atau kelompok lain yg berbeza pendapat, iaitu dgn cara yg kasar dan keras. Mereka menghadapi orang lain secara emosional dan tegang dan menolak cara dialog yg lebih baik terhadap orang yg menentang pendapatnya. Mereka tidak membezakan kawan bicara dari kalangan muda atau orang tua, tidak melihat apakah yg diajak berkomunikasi itu orang yg mempunyai kedudukan khusus seperti ayah-bonda atau orang lain, tidak membezakan antara orang yg banyak makan asam garam dunia dakwah dan jihad dgn mereka yg belum berpengalaman, dan tidak melihat tingkat pemahaman keislaman orang yg berdialog dgn mereka.

Cara keras dan kasar ini merupakan suatu pendirian dari sikap tidak mahu mengpenulisi pendapat orang lain, mempersempitkan dan su’uz-zhan (bersangka buruk). Padahal tujuan asal yg harus diingat adalah menciptakan keadaan keislaman yg damai dan baik. Kelemahan ini juga merupakan akibat dari keadaan psikologi, sosial, politik dan budaya menuntut respon berupa kebangkitan islam.

5) Cenderung memberatkan diri dan mempersukarkan persoalan.

– Ciri lainnya adalah cenderung memperberatkan persoalan dan mempersulitkan persoalan, bersifat kukuh dalam pendirian dan sikap keagamaan, berwawasan agama yg sempit, tidak menyukai keringanan (rukhsah), menolak fatwa-fatwa ulama’ fiqh yg memberikan keleluasan mempraktikkan hukum, bahkan dalam batasan-batasan tertentu bersikap ekstrim dalam pemikiran dan perilpenulisnya. Mereka lupa bahawa dasar penerapan hukum islam adalah prinsip memudahkan dan menyenangkan.

Wallahu’alam.

Image courtesy of SeniKehidupan.com

5 Responses to “Ringkasan Buku: Kebangkitan Pemuda Islam”

  1. salam ziarah dari ana di ipoh =).

  2. terima kasih sudi jejakkan kaki dan juga meninggalkan kesan🙂.

    anta ada blog?

  3. buku yang menarik. macam mana boleh didapati?

  4. Hmmm. Boleh cari di Pustaka Fajar Ilmu Baru (formerly known as Pustaka Indonesia) di Wisma Yakin. Patut ada di situ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: