Ciri-ciri Generasi Mujahid

red_mujahid_by_watermelon84

 

Qiam di tengah malam
Generasi yang bangun dan tahajjud di tengah malam. Madrasah Al-Lail telah mengeluarkan graduan-graduan yang mempertahankan agama Islam dan umat Muslimin serta menghapuskan penyembahan sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa.

Kejelasan Fikrah Islam
Kefahaman yang mendalam serta kesyumulannya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Darjat keikhlasan tajarrud yang tinggi
Memperjuangkan Islam kerana Allah semata bukan untuk mengejar Material atau manfaat duniawi.

Bersegera dalam kebaikan
Setiap yang kita laksanakan akan mendapat balasan dari Allah swt dan segalanya untuk diri kita sendiri sebagai bekalan untuk kita berjumpa dengan Allah nanti. Setiap kebaikan yang kita salurkan di jalan Allah akan di beri ganjaran sebanyak orang yang mengikut amal tersebut, begitu juga sebaliknya.

 

Merendah diri sesama mu’min
Firman Allah:

“Dan orang-orang yang bersama dengan dia (Muhammad) adalah keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (mukmin).”

Merasai penderitaan yang ditanggung oleh saudaranya
Mengangkat wajahnya dengan rasa IZZAH apabila berhadapan dengan musuh tanpa mengenal takut dan gentar. Sumber Izzah adalah hasil hubungan yang berterusan dengan Allah swt.

Tidak panjang angan-angan
Setiap detik hidupnya sentiasa mengingati saat-saat kematian. Hidup di dunia tidak lebih hanya sebagai pengembara (orang asing) yang sentiasa beringat-ingat untuk pulang ke negeri asalnya (akhirat).

Ibnu Umar berkata bagi pihak dirinya : Apabila kamu berada di waktu petang jangan kamu menunggu waktu subuh. Begitu juga apabila kamu berada di waktu pagi, jangan menanti-nanti waktu petang. Pergunakan masa sihat kamu sebelum masa sakit dan masa hidup sebelum mati.

Umar Al-Khattab berkata: Di setiap hari orang memperkatakan kematian si ‘Fulan’ dan si ‘Fulan’. Nescaya suatu hari nanti mereka akan menyebut : Umar telah meninggal.”

Kaya Jiwa dan Perasaan
Bukanlah kekayaan sebenar mereka-mereka yang telah berjaya mengumpul harta yang banyak sebaliknya kekayaan sebenar adalah kaya hati dan perasaan. Mampu mengawal perasaan dalam apa keadaan sekalipun, serta tidak mudah melatah.

Menjalinkan persaudaraan kerana Allah
Mengasihi seseorang kerana sifat-sifat yang ada padanya adalah yang dikasihi oleh Allah bukanlah ukhuwwah kerana mengejar manfaat duniawi. Ukhuwwah yang dapat merealisasikan daripada serendah-rendah martabat ukhuwwahiaitu berlapang dada sehinggalah ke martabat ‘ithar’.

Suatu kisah Ikrimah dan dua orang sahabatnya semasa peperangan Yarmuk, masing-masing dahagakan seteguk air. Apabila tiba giliran untuk meminum air tersebut belum sempat minum mereka serahkan kepada saudaranya kerana sayangnya kepada saudaranya sehinggalah mereka syahid tanpa meneguk minuman tersebut.

Begitulah tingginya martabat ukhuwwah para sahabat, begitu juga dengan diri kita yang mengikut jejak langkah Rasulullah dan para sahabat untuk mencernakan ukhuwwah yang sebenar.

Kesabaran
Seorang hamba Allah yang bersabar dalam apa jua keadaan adalah suatu kemenangan dan kebahagiaan baginya.

Sabda Rasulullah saw : “Amat menakjubkan sekali urusan hidup seorang mukmin, setiap urusannya adalah baik belaka. Dan ini hanya ada pada orang yang beriman iaitu sekiranya dikurniakan kenikmatan dia bersyukur adalah mendatangkan kebaikan kepada dirinya. Sekiranya di timpa kesusahan dia sabar juga adalah suautu kebaikan untuk dirinya.”

2 Responses to “Ciri-ciri Generasi Mujahid”

  1. airkelape Says:

    salam
    nak tanye sket…ape maksud…Mengangkat wajahnya dengan rasa IZZAH???

  2. IZZAH = mulia, bangga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: