Kerja Kecil Tapi Besar

Suatu ketika, semasa kerusi pengantin masih lagi panas daripada diduduk, saya dan isteri telah dihantar ‘honeymoon percuma’ di sebuah negeri antah berantah. Ini bukan bulan madu biasa, bahkan sebaik kami tiba di sana, kami di bawa ke rumah-rumah berlainan, ie berpisah. Pelik bukan? Berbulan madu, tapi tinggal berjauhan (takde la jauh pun, tp still, rumah berbeza sudah cukup membuatkan kasih yang baru berputik merasa rindu. Sori jiwang sikit. Ok. back to the story.)

Mungkin statement saya di atas terlalu abstrak. Mari saya jelaskan. Oleh kerana kami, saya dan isteri baru berkahwin (ie tiada anak dan lebih mudah bergerak lelaki dan perempuan), maka kami merupakan calon yang paling sesuai ketika itu untuk dihantar ke sebuah negeri di luar negera dalam misi menyampaikan pengisian-pengisian tarbiyyah dan perkongsian pengalaman dakwah. Sebaik sampai di negara tersebut, Negara Antah Berantah (NAB), maka kami dipisahkan dengan saya di bawa tinggal di rumah student lelaki dan isteri saya ke rumah yang perempuan untuk meneruskan tujuan utama kami, iaitu perkongsian tarbiyyah. Maka berlalu 2 minggu kami go thru bahan-bahan tarbiyyah; berkongsi pengalaman dakwah dan berdakwah semasa student dan pergi berjalan-jalan merapatkan ukhuwwah (tak lupa juga ‘berbulan madu’ berjalan-jalan di taman di celah-celah masa tersebut🙂 ).

Bagi saya, apa yang saya buat adalah perkara-perkara biasa sahaja yang sesiapa sahaja boleh lakukannya. ‘Pengorbanan’ yang sepatutnya dilakukan dan dibuat bagi saya biasa-biasa sahaja, bahkan mungkin tak cukup dikira sebagai sebuah ‘pengorbanan’. Bahkan kalau dikira pengorbanan yang dilakukan Sahabat-sahabat nabi dalam dakwah pun cukup jauh bezanya. Senang kata, usaha dan ‘jasa’ yang saya dan isteri berikan adalah…biasa-biasa sahaja.

Namun, baru-baru ini saya mendapat tahu komen daripada student yang kami berprogram dahulu di NAB mengatakan bahawa apa yang kami buat di sana banyak memberi kesan kepada mereka yang ketika baru mula bertatih dalam dakwah.

Terberhenti saya seketika. Memang itulah yang kita mahukan tapi berdasarkan usaha yang bagi saya cukup biasa boleh memberi kesan yang sedemikian. Bila saya renungkan, keimpulan yang saya dapat, er, simpulkan adalah segala usaha yang kita lakukannya sebenarnya bukan kita sendiri yang mengukurnya. tetapi orang yang menerimanya lebih tepat untuk menilai. Allahlah yang akan menilainya dan mengurniakan kesan yang Dia sendiri kehendaki. Ketahuilah, tiada satu usaha yang menyumbang kepada dakwah dinilai kecil disisi Allah. Biarlah kamu ‘cuma’ membasuh pinggan, ‘sekadar’ jadi driver atau ‘hanyalah’ mengangkat barang program; tetapi di sisi Allah setiap satunya ada ganjaran tersendiri. Dan percayalah, ganjaranNya bukan ‘sekadar sahaja’.

Semuga Allah terima amalan kami dan anda semua.

Wallahu’alam.

p/s: Minggu selepas kami pulang dari Negeri Antah Berantah, Allah kurniakan kami dengan berita gembira yabg ditunggu-tunggu. Isteri saya mengandungkan anak pertama kami🙂.

3 Responses to “Kerja Kecil Tapi Besar”

  1. ibnukhair Says:

    Hmm..

    MAS ada sediakan tiket ke Negeri Antah Berantah tu tak ammu.. Cam best je taman bunga dia :))

    Muga terus maju!

  2. (^_^) benar, kesan yg tertinggal di bumi ini amatlah dalam dan masih terasa hingga kini…jzkk akhi wa ukhti…jemput datang lagi, (aseef masa dtg tu kami majoritynya single2…kurang memahami)…moga pengorbanan di terima Allah ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: