Belia & Politik

“…kau tahu siapa TPM kita sekarang?”

“Ala…aku ingat. Jap2…”

“Aku bagi hint. Nama dia ada sama cam amalan kebiasaan masyarakat melayu Islam setiap Jumaat malam*.”

***

Di atas ini adalah sebuah perbualan yang saya sendiri alaminya. Sukar bagi saya sebenarnya untuk menerima hakikat bahawa rakyat sesebuah negara tidak tahu nama pemimpin-pemimpinnya sendiri. Bahkan lebih teruk lagi, fenomena ini turut melanda pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di luar Negara, sedangkan merekalah orang yang bakal pulang menjadi tonggak utama negara!

Tak hairanlah kalau statistik menunjukkan seramai 1.9 juta orang Melayu atau 43 peratus daripada 4.3 juta pengundi yang layak mengundi, belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)[1]. Lebih teruk lagi, secara nisbahnya, hanya SATU orang Melayu Muslim yang telah berdaftar mengundi berbanding 40 orang bukan Melayu Muslim. Ini sebenarnya boleh membawa implikasi yang besar terhadap pentadbiran Negara kerana Malaysia boleh jadi terlepas daripada tangan orang Islam! (Na’uzubillah…)

Belia Kurang Cakna

Mungkin ada yang mengatakan bahawa pilihanraya umum lambat lagi. ‘Nanti-nanti’ adalah orang yang akan mendaftarkan diri. Saya pun harap begitulah. Tapi pendaftaran pengundi mengambil masa hampir 6 bulan. Siapa jamin yang Pilihanraya Umum seterusnya tak berlaku pada tahun hadapan?

Sebenarnya, sedikit sebanyak situasi ini memberikan gambaran kepada kita bahawa masyarakatMelayu Muslim kurang cakna tentang peri pentingnya penglibatan kita dalam isu-isu politik dan urusanpentadbiran negara. Cukup selamat untuk saya katakan bahawa majoriti, kalaupun bukan semua, 1. 9 juta orang yang belum mendaftar untuk mengundi adalah daripada kalangan belia.

Pada hemat saya, fenomena ini berlaku disebabkan oleh kejayaan musuh-musuh Islam dalam melalaikan belia-belia Melayu Islam dengan hiburan-hiburan yang melampau, tenggelam dalam kisah-kisah dan hubungan percintaan kayangan, dan kejayaan usaha endoktrinasi mentaliti yang hanya mahukan perkara-perkarayang ‘simple’ dan tidak menyerabutkan kepala. Adapun politik pentadbiran negara adalah suatu yang susah, serius dan ‘menyerabutkan kepala’. Jadi, mengapa mahu sibuk?

Politik itu busuk?

Ada pula di kalangan kenalan-kenalan saya yang menjauhi politik kerana merasakan ia sesuatu yangmenjijikkan. Apa tidaknya. Ahli-ahli politik saling ‘membongkar kisah-kisah panas’ lawannya untukmenjatuhkan maruah, tanpa mengambil kira kesahihannya; bersungguh-sungguh mencari kesalahanpada kata-kata dan perbuatan lawannya dan ‘agenda tersembunyi’ walaupun yang dilakukan itu mungkin baik, hanya kerana mereka adalah ‘lawannya’; bertengkar dan bertikam lidah, sehinggakan ada yangbertumbuk-tampar dan saling membaling kerusi dan segala macam lagi perangai kebudak-budakan yang lain. Di penghujungnya, rakyat masih terpaksa berdepan dengan kehidupannya yang semakin mencabardan kemerosotan sosial yang tak pernah henti. Kalau inilah yang dilihat oleh kenalan-kenalan saya dan dibenci mereka, maka saya sepenuh hati bersama mereka.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah wajah politik yang sebenar. Ini adalah politik busuk murahan yang diperjuangkan oleh mereka yang berpegang kepada politik ajaran barat yang bertentangan dengan nilai Islam. Politik sebegini yang lebih dikenali sebagai ‘Realpolitik’[2] ini didasari oleh prinsip Machiaveli[3] yang mengajar pengamalnya untuk menggunakan segala tipu helah tanpa mengambil kira prinsip, moral dan nilai agama dalam mengejar kuasa dan kekayaan. Atas dasar inilah, maka “semua jalan!”

Politik Di Sisi Kami


Bagi kami, politik merangkumi dasar yang lebih luas sekadar memenangi pilihanraya. Izinkan saya memetik kata-kata idola saya, Al-Imam Hassan Al-Banna dalam isu ni:

“Wahai bangsa kami, kami menyeru kamu dengan al-Quran yang ada di kanan kami dan sunnah yang adadi kiri kami serta amalan salafussoleh yang menjadi teladan kami. Kami menyeru agar kamu mengamalkanIslam, ajaran Islam, hukum-hakam Islam dan petunjuk Islam. Jika ini kamu rasakan sebagai politik makainilah politik kami. Jika orang yang mengajak kamu ke arah prinsip ini kamu anggap sebagai ahli politikmaka syukur kepada Allah kami adalah orang yang paling memahami tentang politik. Jika kamu mahugelarkan itu sebagai politik maka katakan apa yang ingin kamu katakan. Gelaran-gelaran ini tidak akanmenggugat kami jika hakikat dan matlamat sebenarnya telah jelas.

“Wahai bangsa kami, janganlah istilah-istilah ini menutup mata kamu daripada menilai kenyataan.Janganlah nama-nama yang digunakan ini menutup semua kebenaran. Janganlah luaran itu menutupsegala kebenaran. Islam sememangnya mempunyai dasar politik untuk membawa kebahagiaan di duniadan kejayaan di akhirat. Inilah politik kami dan kami tidak ada pilihan lain. Oleh itu ketengahkanlah politik inidan ajaklah orang lain berlandaskan politik ini nescaya kamu akan beroleh kemuliaan di akhirat. Kamu pastiakan memahaminya bila sampai masanya”

(Himpunan Risalah, Dakwah Kami)[4]

Fahamilah, politik yang kami maksudkan merangkumi segenap perkara yang berkait dengan urusanpentadbiran umat Islam. Selagi mana ia menyentuh hak, kebajikan dan kehidupan umat Islam walau sekecil mana sudutnya sekalipun, sepatutnya kita pertahankan dan perjuangkan.

Bukanlah saya mengajak anda untuk terjun ke bidang politik dan cuba bertanding menjadi wakil rakyat atau masuk terlibat dalam parti-parti politik. Melibatkan diri dalam politik dalam erti kata yang luas bermaksud anda tingkatkan kepedulian terhadap isu-isu pentadbiran dan pemindahan kuasa yang di negara ini; berikan kefahaman kepada orang-orang di sekeliling anda tentang prinsip kehidupan dan sistem pentadbiran sebenar yang kita mahukan. Dan yang akhir sekali tetapi bukan terakhir adalah untuk anda berani memperjuangkan hak anda, mempertahankan hak anda apabila dicabar dan meletakkan agenda tersendiri supaya anda tidak dipermainkan oleh agenda orang lain.

Saya berharap, di lain masa saya temui kembali sahabat saya tersebut, bukan sahaja dia tahu siapa TPM, bahkan dialah beliau. Wallahu’alam.

Allah lah sebaik-baik penolong.

***
*Jawapan: Baca Surah Yaasin tiap malam jumaat.
**Bagi siapa yang masih tak tahu: TPM Malaysia adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SUMBER:
1) Berita Harian, “1.9 juta Melayu layak mengundi belum mendaftar”, http://www.bharian.com.my/articles/1_9jutaMelayulayakmengundibelummendaftar/Article

2) Realpolitik, http://en.wikipedia.org/wiki/Realpolitik

3) Prinsip Machiavelli, http://en.wikipedia.org/wiki/Machiavellian

4) Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna, Himpunan Risalah, Dakwatuna (Dakwah Kami),

******

Tulisan ini adalah artikel asal tanpa suntingan saya yang turut disiarkan di web Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di bawah kategori ‘Kalam JKP’ untuk bulan November 2010.

3 Responses to “Belia & Politik”

  1. alamak! tergolong di kalangan 1.9 juta tersebut…

    JazakAllah atas pencerahan. Kadang-kala leka dengan isu2 lain. Bukan lupa tapi benarlah, x suka bila lihat situasi politiking di Malaysia. Sedangkan, tanggungjawab untuk memahami keadaan sebenar dan menyebarkan maklumat yang sahih masih belum terlepas.

  2. alhamdulillah.. setelah selongkar punyer selongkar, akhirnya jumpa dgn blog enta.. ^^

    setuju dgn pandangan itu. mistake terbesar skrg ialah kita menyempitkan sudut politik kepada apa yang berada di depan mata, isu hal politik malaysia.. hingga pandangan politik sebenar kita anggap ialah sama dengan politik malaysia. mana mungkin islam itu diasing dari politik, sebab islam itu sendiri adalah sebuah politik(tamadun)…
    mungkin perlu didik jiwa remaja belia skrg utk cuba fahami apa itu politik yg sebenar…
    ^^

  3. @abe: x perlu selongkar pun, ana dah link terus blog ana ni dengan facebook ana pun…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: