Archive for May, 2011

Sepetang di playground…

Posted in Anekdot, Thought pool with tags , on May 10, 2011 by jabalnurr

Alhamdulillah, somehow hari ni ‘ter’sampai rumah awal, jam 615. Sementara maghrib, saya tunaikan hak Zinnirah membawanya ke taman permainan berdekatan. Perasan saya, rupanya saya seorang yang menemankan seseorang yang mempunyai hubungan darah (anak sendiri), yang lainnya adalah ‘ibuk-ibuk’** (baca slang indo) yang membawa anak-anak orang. Di waktu yg lain, sebalik kerja terperasan pula anak-anak yang baru pulang mengaji Al-Quran di rumah jiran. Membuatkan saya terfikir, adakah tugasan ibu-bapa zaman Facebook ni sekadar berkahwin, melahirkan anak dan kadang-kadang menjadi driver kereta untuk anak-anak? Bukankah didikan dan sentuhan daripada ibu-bapa sendiri terhadap anak-anaknya lebih memberi kesan? Wallahu’alam.

**takut masih tak sampai maksud, I.e bibik-bibik.