Bersepakat itu bergabung ke??

Bila ada seruan utk PAS kaji semula Tahalluf Siasi nya dalam PR dan mungkin disyorkan keluar dr PR dan berdiri atas kekuatan sendiri (yg sebenarnya mmg kuat), ada seorang sahabat bertanya: Jadi nak suruh PAS keluar dan join UMNO ka? atau join ISMA ke atau bagaimana…

Pandangan saya:

Tak semesti gabung dan leburkan identiti diri. Pada permulaan ni, paling2 kurang bersepakat dan satukan kata2 dalam isu kepentingan umat islam bersama – cth isu nama suci Allah; isu keislaman anak muallaf; isu murtad; isu pengukuhan ekonomi melayu islam; isu menguatkan jatidiri melayu islam; isu sosial orang islam; isu bahasa; isu hiburan; isu anak muda islam; isu pergolakan suami isteri; isu tak solat; isu tak solat jemaah di masjid; isu tak puasa; isu pendidikan anak2; isu kekeluargaan; isu zakat; isu kewangan islam dan riba; isu penegasan islam sebagai identiti dan agama negara; isu tak reti baca quran; isu sikitnya baca quran; isu itu isu ini dan sebenarnya banyak lagi isu2 yg boleh diusahakan bersama.

Cumanya, mungkin sesetengah isu ni tak dapat political mileage secara direct dan mengambil masa yg tidak pendek, especially bagi parti2 yg terlibat dlm pilihanraya menjadikan usaha ini tidak begitu menggiurkan kerana bagi parti2, undi adalah ‘wang’ dan survival. Oleh itu, semua orang kena berjiwa besar dan sanggup terlepas sekejap peluang2 short term untuk raih undi mudah demi kemajuan dan perkembangan umat islam.

Hakikatnya sebenarnya, tak semestinya terlibat dalam politik pun boleh diperjuangkan. Buktinya, kami sendiri di ISMA sedang usahakan bbrp isu2 ni dalam pelbagai bentuk – pendidikan; jadi pressure group; usaha meningkatkan kesedaran melalui kempen2, pembentukan2 usrah dan halaqah (masuk pendidikan jg tp lebih menjurus dan lebih kuat penekanannya); roadshow kesedaran; kempen rumah ke rumah; kempen di tempat2 awam (pasaraya, stesen lrt/ktm) dan sebenarnya banyak lagi usaha2 lain yg boleh dibuat; secara berkumpulan (sebaiknya begitulah berdasarkan sunnah nabi utk berjamaah/berkumpulan) atau secara individu. Baru2 ni semasa persidangan #NamaSuciAllah di Mahkamah Putrajaya, ada seorang brother bernama Zaidel, dgn penuh kesedaran, datang secara individu utk bagi sokongan, bahkan siap tampil ke hadapan berpidato tentang #NamaSuciAllah.

– Gambar. Kafilah Dakwah anjuran ISMA di cawangan –

– Gambar. Antara kempen pendidikan anjuran ISMA – 

Mungkin ada yg tertanya, dah ISMA claim buat macam2, tp macam tak nampak pun hasilnya?? Saya setuju kita mendambakan efek dan kesan yg lebih besar. Tapi usaha kami masih limited dgn dengan had2 sunnah Allah. Aktivis2 ISMA yg aktif hanyalah ribuan dan limitation kewangan dan infrastruktur, tak cukup utk membuat macam2 usaha nih utk efek seluruh malaysia ini.

– Gambar. Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Melaka (KEMM) pada tahun lepas – 

Oleh itu, kami sentiasa mengharapkan sahabat2 lain dapat bersama kami wp tak bergabung dgn kami utk sama2 sokong2 usaha2 ni demi kebaikan umat Islam di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia. Mana tahu atas hasil usaha kita ni, Malaysia menjadi antara ‘hub islam dunia’ dan menjadi pusat kepada negara2 Islam lain sepertimana pernah berlaku di zaman Kerajaan Melayu Islam Melaka dahulu?

La hawla wa la quwwata illa billah.

Wallahu’alam.

———

Jom ke Simposium MEGA 2013!! Daftar sekarang!

Simposium Mendepani Agenda Asing (MEGA 2013) – Melayu dalam Krisis Kepimpinan

http://ancamanterhadapislam.com

https://www.youtube.com/watch?v=HJbRTg3PmHs

2 Responses to “Bersepakat itu bergabung ke??”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: