Archive for the Dakwah Category

Kerja Kecil Tapi Besar

Posted in Anekdot, Dakwah, Sharing is caring, Thought pool with tags , , , on October 26, 2009 by jabalnurr

Suatu ketika, semasa kerusi pengantin masih lagi panas daripada diduduk, saya dan isteri telah dihantar ‘honeymoon percuma’ di sebuah negeri antah berantah. Ini bukan bulan madu biasa, bahkan sebaik kami tiba di sana, kami di bawa ke rumah-rumah berlainan, ie berpisah. Pelik bukan? Berbulan madu, tapi tinggal berjauhan (takde la jauh pun, tp still, rumah berbeza sudah cukup membuatkan kasih yang baru berputik merasa rindu. Sori jiwang sikit. Ok. back to the story.)

Mungkin statement saya di atas terlalu abstrak. Mari saya jelaskan. Oleh kerana kami, saya dan isteri baru berkahwin (ie tiada anak dan lebih mudah bergerak lelaki dan perempuan), maka kami merupakan calon yang paling sesuai ketika itu untuk dihantar ke sebuah negeri di luar negera dalam misi menyampaikan pengisian-pengisian tarbiyyah dan perkongsian pengalaman dakwah. Sebaik sampai di negara tersebut, Negara Antah Berantah (NAB), maka kami dipisahkan dengan saya di bawa tinggal di rumah student lelaki dan isteri saya ke rumah yang perempuan untuk meneruskan tujuan utama kami, iaitu perkongsian tarbiyyah. Maka berlalu 2 minggu kami go thru bahan-bahan tarbiyyah; berkongsi pengalaman dakwah dan berdakwah semasa student dan pergi berjalan-jalan merapatkan ukhuwwah (tak lupa juga ‘berbulan madu’ berjalan-jalan di taman di celah-celah masa tersebut ūüôā ).

Bagi saya, apa yang saya buat adalah perkara-perkara biasa sahaja yang sesiapa sahaja boleh lakukannya. ‘Pengorbanan’ yang sepatutnya dilakukan dan dibuat bagi saya biasa-biasa sahaja, bahkan mungkin tak cukup dikira sebagai sebuah ‘pengorbanan’. Bahkan kalau dikira pengorbanan yang dilakukan Sahabat-sahabat nabi dalam dakwah pun cukup jauh bezanya. Senang kata, usaha dan ‘jasa’ yang saya dan isteri berikan adalah…biasa-biasa sahaja.

Namun, baru-baru ini saya mendapat tahu komen daripada student yang kami berprogram dahulu di NAB mengatakan bahawa apa yang kami buat di sana banyak memberi kesan kepada mereka yang ketika baru mula bertatih dalam dakwah.

Terberhenti saya seketika. Memang itulah yang kita mahukan tapi berdasarkan usaha yang bagi saya cukup biasa boleh memberi kesan yang sedemikian. Bila saya renungkan, keimpulan yang saya dapat, er, simpulkan adalah segala usaha yang kita lakukannya sebenarnya bukan kita sendiri yang mengukurnya. tetapi orang yang menerimanya lebih tepat untuk menilai. Allahlah yang akan menilainya dan mengurniakan kesan yang Dia sendiri kehendaki. Ketahuilah, tiada satu usaha yang menyumbang kepada dakwah dinilai kecil disisi Allah. Biarlah kamu ‘cuma’ membasuh pinggan, ‘sekadar’ jadi driver atau ‘hanyalah’ mengangkat barang program; tetapi di sisi Allah setiap satunya ada ganjaran tersendiri. Dan percayalah, ganjaranNya bukan ‘sekadar sahaja’.

Semuga Allah terima amalan kami dan anda semua.

Wallahu’alam.

p/s: Minggu selepas kami pulang dari Negeri Antah Berantah, Allah kurniakan kami dengan berita gembira yabg ditunggu-tunggu. Isteri saya mengandungkan anak pertama kami :).

Advertisements

Bekerja : Antara Perjuangan atau Mencari Makan

Posted in Dakwah on July 3, 2009 by jabalnurr
Melihat rakan-rakan muda yang bekerja samaada di pejabat kerajaan maupun di pejabat swasta, saya dapat merasakan betapa terdapat silap faham dalam melihat pekerjaan. Secara umumnya mereka menganggap bekerja tidak lebih dari sekadar mencari wang ringgit untuk menampung kehidupan. Bekerja juga di anggap menghalang mereka dari melakukan kerja-kerja dakwah yang banyak di luar sana. Keutamaan berdakwah di luar sentiasa di lihat melebihi dari pekerjaan di tempat kerja masing-masing. Sering kedengaran daie-daie muda ini mengeluh kepenatan kerja sehingga tidak ada masa unuk menumpukan kepada kerja-kerja lain. Secara ringkasnya mereka ini tidak ada satu matlamat yang jelas, kenapa mereka bangun pagi-pagi, naik kereta dan menuju ke tempat pekerjaan. ¬†Tak kurang juga daie yang menegur anak buah kerana tak berapa ‚Äúcommit‚ÄĚ dengan program-program dakwah kerana sibuk dengan pekerjaan. Alangkah silapnya kefahaman ini dan betapa rugi nya dakwah dalam jangkamasa yang panjang !
Kefahaman yang mengatakan bekerja hanya menghabiskan masa, menghalang kerja-kerja dakwah, bukan yang utama, hanya sekadar mencari makan dan lain-lain tanggapan negatif, perlu di ubah. Saya bimbang jika kefahaman ini terus di anuti maka akan lahir daie-daei yang hanya mampu menunjukkan prestasi yang mediocre di tempat masing-masing. Akhirnya dia bukan saja tidak di senangi oleh majikan malah akhirnya tidak mampu menguasai bidang yang di lakukan. Ini kerana dalam dunia yang penuh kompetitif ini hanya mereka yang menunjukkan komitmen kerja yang tinggi akan mampu menguasai bidang yang di ceburi dan mendapat kedudukan yang baik dalam organisasi syarikat mereka.
Sekali pandang mungkin ada yang mengatakan kenyataan saya ini keterlaluan dan salah kerana terlalu materialistik tanpa memahami kehendak dakwah. Tetapi jika di lihat selapis lagi maka kita akan sedar bahawa dalam jangka panjang jika kefahaman ini tidak di baiki ia akan menyukarkan daei utnuk bergerak. Kalau kita lihat di sekelililng maka kita akan mendapati bahawa hampir kesemua jawatan-jawatan penting  di kebanyakkan syarikat/institusi di kuasai oleh orang lain buka daei. Kenapa ini berlaku ? Adakah kerana mereka lebih cerdik atau lebih berkemampuan dari daie-daei muda ini ? Tidak sama sekali tetapi sebaliknya mereka menunjukkan komitmen kerja yang tinggi sehingga mereka di beri keyakinan oleh majikan untuk memegang jawatan-jawtan penting syarikat. Dan sudah tentu apabila mereka menguasai maka mereka akan membawa budaya yang tidak islamik. Siapa yang harus di persalahkan ? Akhirnya daei akan sentiasa menjadi orang suruhan dan merintih kerana di kongkong oleh budaya kerja syarikat. Yang lebih merugikan lagi ialah apabila ada peluang-peluang perniagaan maka ia akan di sapu oleh orang lain. Akhirnya mereka juga yang menjadi kaya raya sedangkan daie yang sibuk dengan dakwah hanya menjadi peminta sedekah kepada mereka. Mana maruah daie ???
Daie-daei muda harus mengikis fahaman ini tetapi sebaliknya menganggap bekerja adalah merupakan satu perjuanagn di mana mereka harus menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pendedahan supaya 10 tahun akan datang dia akan menjadi seorang pakar dan menjadi rujukan orang sekelililng. Tidak mengapa jika terpaksa bekerja lebih masa dan tak dapat komit dengan sebahgian program kerana beliau mempunyai misi yang besar untuk masa depan dakwah. Dengan itu dia bukan saja di senangi oleh majikan malah akan dapat memegang jawatan-jawatan strategik dalam syarikat bagi menjalankan gerakan dakwah yang lebih tersusun kerana dia telah menguasai pentadbiran syarikat tersebut. Jika beliau mampu mendapat peluang-peluang perniagaan maka sudah tentu ia lebih baik  kerana ini akan dapat banyak membantu kewangan gerakan dakwah.

o0058

Bekerja : Antara Perjuangan atau Mencari Makan

oleh Aminuddin Yahaya
Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
dipetik daripada laman web beliau,
Suara Dari Gunung.
—-

Melihat rakan-rakan muda yang bekerja samaada di pejabat kerajaan maupun di pejabat swasta, saya dapat merasakan betapa terdapat silap faham dalam melihat pekerjaan. Secara umumnya mereka menganggap bekerja tidak lebih dari sekadar mencari wang ringgit untuk menampung kehidupan. Bekerja juga di anggap menghalang mereka dari melakukan kerja-kerja dakwah yang banyak di luar sana. Keutamaan berdakwah di luar sentiasa di lihat melebihi dari pekerjaan di tempat kerja masing-masing. Sering kedengaran daie-daie muda ini mengeluh kepenatan kerja sehingga tidak ada masa unuk menumpukan kepada kerja-kerja lain. Secara ringkasnya mereka ini tidak ada satu matlamat yang jelas, kenapa mereka bangun pagi-pagi, naik kereta dan menuju ke tempat pekerjaan. ¬†Tak kurang juga daie yang menegur anak buah kerana tak berapa ‚Äúcommit‚ÄĚ dengan program-program dakwah kerana sibuk dengan pekerjaan. Alangkah silapnya kefahaman ini dan betapa rugi nya dakwah dalam jangkamasa yang panjang ! Continue reading

Once In A Lifetime Chance!!

Posted in Dakwah on April 21, 2009 by jabalnurr
Terlenyapnya Sebuah Kezaliman

Terlenyapnya Sebuah Kezaliman (click to enlarge)

Kesinambungan daripada Rapat Umum Gaza di Stadium Melawati, Shah Alam pada awal tahun 2009, Aman Palestin dengan kerjasama Pembina sekali lagi menganjurkan sebuah program untuk menyuburkan lagi semangat jihad di kalangan umat Islam. Kali ini ditampilkan “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis”. Details spt di atas.

Sila jemput sanak-saudara, sepupu-sepapat, cucu-cicit, anak-beranak, jiran-jemiran dan sesiapa sahaja yang anda kenal mahupun tak kenal untuk turut hadir menunjukkan sokongan kita terhadap umat Islam Palestin. Ayuh, maghi somaghakkan!!

Ringkasan Buku: Kebangkitan Pemuda Islam

Posted in Dakwah, Tazkirah on April 19, 2009 by jabalnurr

islam_21

Dalam satu hadith, Nabi (s.a.w.) kita pernah menyebutkan bahawa islam akan kembali dagang sebagaimana ia dahulunya dagang. Bermakna, akan wujudnya satu golongan minoriti di kalangan manusia yg akan cuba utk perjuangkan islam dan berusaha utk meletakkan islam kembali ke takhtanya…iaitu sebagai Ustaziatul ‘Alam (Penaung dunia).

Dalam tulisan al-Qaradhawi bertajuk “Kebangkitan Pemuda Islam” (2003), beliau mengatakan bahawa fenomena pemuda-pemuda islam bangkit dan kembali kepada ajaran islam yg sebenar adalah suatu fenomena yg ‘real’. Bukannya seperti air bergas yg digoncang dan mengeluar gas sekejap sahaja. Malah ia sedang mengumpul momentum utk melompat dgn lebih jauh.

Namun begitu, kebangkitan ini perlulah dibimbing oleh golongan-golongan qudama’ iaitu syeikh-syeikh yg telah lama berkecimpung dlm dakwah. Semangat orang muda dan kebijaksanaan orang tua. Satu kombinasi yg cukup hebat sekiranya berjaya disatukan. Kebangkitan yg berjaya mestilah mematuhi qanun-qanun atau faktor-faktor yg perlu dituruti atau dilengkapi. Dalam pada menuju kebangkitan ini -atau dengan perkataan yg lebih enak didengar- nahdhah, Syeikh al-Qaradhawi menggariskan beberapa faktor yg diingkari oleh golongan muda dalam usaha mereka. Di sini akan dihuraikan secara ringkas: Continue reading

Pelajaran dari Gaza untuk Kaum Wanita

Posted in Anekdot, Dakwah, Tazkirah, Wanita & Kekeluargaan on March 26, 2009 by jabalnurr

Pelajaran dari Gaza untuk Kaum Wanita

Oleh Wan Ahmad Sanadi
Ahli ISMA Shah Alam 

rasya

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan “Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA”.

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan
Israel. Continue reading

Kita Bagaimana?

Posted in Anekdot, Dakwah on March 22, 2009 by jabalnurr

bike

“Saya dapati salah seorang ahli ikhwan, al-Ati Ali Abul ‘Ala selalu dtg lewat setengah jam ke perjumpaan kami di waktu malam. Dia memberi alasan-alasan yg tidak berasas. Setelah menyiasat, saya mendapat tahu sebab sebenarnya. Dia memberitahu saya bahawa dia telah berjanji hendak memberi 150 Qursh kepada tabung kewangan Ikhwan. Dia tidak berwang. Oleh itu dia menjual basikalnya utk mendapatkan wang itu. Kini dia terpaksa datang dari pejabatnya dengan menaiki bas nombor 6 yg meninggalkannya 6 kilometer dari bandar. Dia terpaksa berjalan kaki dari situ. Dia telah memberi wangnya itu kepada tabung Darul Ikhwan. Kesemua ahli-ahli Ikhwan yg lain tertarik dengan pengorbanan Asti Ali Abul ‘Ala. Berikutan itu, mereka mengambil keputusan mengumpul wang utk membeli basikal baru utknya. Basikal itu dihadiahkan kepadanya sebagai menghargai pengorbanannya.”

Kita bagaimana, sanggupkah anda menjual basikal anda?

-Detik-detik hidupku (Muzakkiratud Daie wad Da’iyah)

ISHAB

Surat Terbuka buat Ikhwahku…

Posted in Dakwah, Tazkirah on May 11, 2008 by jabalnurr

Sukarnya mencari akh marwan!!!

Sambil menanti menu pesanan, fikirannya menerawang kosong. Biasanya Wafa’ jarang membuang waktu begitu, dapat sehelai ayat pun cukuplah – dari mushaf kesayangannya.
…..

Syifa’ tersenyum malu, tunduk tersipu-sipu.”Betul ke? Enti setuju ek, tak macam terlalu awal ke?” Wafa’ bertanya dgn wajah berkerut, agak kurang pasti…

“Kenapa? Bukan ke Wafa’ ke yg sampaikankan lamarannya?” Syifa’ heran…sedikit gundah. Wafa’ menggeleng. “Tidaklah…Wafa’ cuma sampaikan amanah akh miqdad. Dia sudah siap menikah dan ternytata dia menginginkan enti. Kalau enti sudah mantap…no worries. Sudah istikharahkan?”
“Sudah…”

Continue reading