KOBANNA

Posted in Promosi on January 16, 2010 by jabalnurr
KOBANNA

Daftar segera secara online!! (http://kobanna.ismaweb.net)

Sssshhhecret

Posted in Sharing is caring with tags , , , , , on January 8, 2010 by jabalnurr

[SECRET]Sometimes I nudge people to wake up from sleeping during friday prayer khutbah by pretending to adjust my sitting position[/SECRET]

It has been a happy, joyful, confusing year…

Posted in Life with tags , , on December 14, 2009 by jabalnurr

a.k.a. “The Zinnirah Year”

Hari ini cukup satu tahun berlalunya hari yang penuh bersejarah dalam hidup kami berdua suami isteri. Allah mengurniakan kepada kami ‘bungkusan keriangan’ (bundle of joy) sebagai amanah. Kali pertama melihat bayi yang isteri saya pegang membuatkan saya terfikir: “boleh ke jaga nih?” Alhamdulillah. Tak sangka menjaga seorang manusia kecil begitu menyeronokkan :) .

Read more »

Kerja Kecil Tapi Besar

Posted in Anekdot, Dakwah, Sharing is caring, Thought pool with tags , , , on October 26, 2009 by jabalnurr

Suatu ketika, semasa kerusi pengantin masih lagi panas daripada diduduk, saya dan isteri telah dihantar ‘honeymoon percuma’ di sebuah negeri antah berantah. Ini bukan bulan madu biasa, bahkan sebaik kami tiba di sana, kami di bawa ke rumah-rumah berlainan, ie berpisah. Pelik bukan? Berbulan madu, tapi tinggal berjauhan (takde la jauh pun, tp still, rumah berbeza sudah cukup membuatkan kasih yang baru berputik merasa rindu. Sori jiwang sikit. Ok. back to the story.)

Mungkin statement saya di atas terlalu abstrak. Mari saya jelaskan. Oleh kerana kami, saya dan isteri baru berkahwin (ie tiada anak dan lebih mudah bergerak lelaki dan perempuan), maka kami merupakan calon yang paling sesuai ketika itu untuk dihantar ke sebuah negeri di luar negera dalam misi menyampaikan pengisian-pengisian tarbiyyah dan perkongsian pengalaman dakwah. Sebaik sampai di negara tersebut, Negara Antah Berantah (NAB), maka kami dipisahkan dengan saya di bawa tinggal di rumah student lelaki dan isteri saya ke rumah yang perempuan untuk meneruskan tujuan utama kami, iaitu perkongsian tarbiyyah. Maka berlalu 2 minggu kami go thru bahan-bahan tarbiyyah; berkongsi pengalaman dakwah dan berdakwah semasa student dan pergi berjalan-jalan merapatkan ukhuwwah (tak lupa juga ‘berbulan madu’ berjalan-jalan di taman di celah-celah masa tersebut :) ).

Bagi saya, apa yang saya buat adalah perkara-perkara biasa sahaja yang sesiapa sahaja boleh lakukannya. ‘Pengorbanan’ yang sepatutnya dilakukan dan dibuat bagi saya biasa-biasa sahaja, bahkan mungkin tak cukup dikira sebagai sebuah ‘pengorbanan’. Bahkan kalau dikira pengorbanan yang dilakukan Sahabat-sahabat nabi dalam dakwah pun cukup jauh bezanya. Senang kata, usaha dan ‘jasa’ yang saya dan isteri berikan adalah…biasa-biasa sahaja.

Namun, baru-baru ini saya mendapat tahu komen daripada student yang kami berprogram dahulu di NAB mengatakan bahawa apa yang kami buat di sana banyak memberi kesan kepada mereka yang ketika baru mula bertatih dalam dakwah.

Terberhenti saya seketika. Memang itulah yang kita mahukan tapi berdasarkan usaha yang bagi saya cukup biasa boleh memberi kesan yang sedemikian. Bila saya renungkan, keimpulan yang saya dapat, er, simpulkan adalah segala usaha yang kita lakukannya sebenarnya bukan kita sendiri yang mengukurnya. tetapi orang yang menerimanya lebih tepat untuk menilai. Allahlah yang akan menilainya dan mengurniakan kesan yang Dia sendiri kehendaki. Ketahuilah, tiada satu usaha yang menyumbang kepada dakwah dinilai kecil disisi Allah. Biarlah kamu ‘cuma’ membasuh pinggan, ’sekadar’ jadi driver atau ‘hanyalah’ mengangkat barang program; tetapi di sisi Allah setiap satunya ada ganjaran tersendiri. Dan percayalah, ganjaranNya bukan ’sekadar sahaja’.

Semuga Allah terima amalan kami dan anda semua.

Wallahu’alam.

p/s: Minggu selepas kami pulang dari Negeri Antah Berantah, Allah kurniakan kami dengan berita gembira yabg ditunggu-tunggu. Isteri saya mengandungkan anak pertama kami :) .

Hari ini hari meraih kemenangan…

Posted in Life on September 20, 2009 by jabalnurr

Saya tak pandai berpuitis mahupun bermadah. Cukuplah kata-kata Nabi kita yang tercinta sebagai kata berbunga daripada saya:

Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal ya kareem

(Semuga Allah menerima segala amalan kami dan amalan kamu semua, terimalah [Tuhanku] yang Maha Mulia).

DSC01437

Daripada saya Muadz a.k.a jabalnurr, Maria Ulfa dan baby Zinnirah.

[Btw, tarikh hari raya 20 haribulan ini juga merupakan tarikh hari lahir ayah saya. So, Selamat Hari JaYA (atau RaDI?), Abah! ]

Please, don’t cry.

Posted in Sharing is caring on September 14, 2009 by jabalnurr

Play this first.

After you’ve cried, there’s more after the jump. Read more »

Why not kahwin dulu baru dating?

Posted in Sharing is caring on August 27, 2009 by jabalnurr

Just want to share this well-written article I found while blog hopping. Also, for my own personal records. Enjoy.

——–

Why not kahwin dulu baru dating?

Source: Kakiblog.com

Is_Love_Blind_

When you hear about “kahwin dulu, baru dating”, probably in your mind you will be thinking about a guy with a kopiah 24 hours on his head marrying a girl who wear the tudung labuh or even a niqaab, better known as purdah at Malaysia. Your first instinct will also probably be, “I pray, I fast, I wear tudung, but I am not these extreme ‘alim people. I need to get to know my partner for life inside out. So, I need to date him, to know whether we are serasi or not.” I perfectly understand your concern. I understand that you are not ‘crazy’ enough to just jump into a marriage without knowing who your partner really is. So in the end, this kahwin dulu baru dating trend becomes an exclusive thing among people who are active in dakwah and jemaah, while the muslim masses are walking together holding hands or ‘hanging out’ at restaurants at KLCC, Mid Valley, etc. Some of these people are perhaps incurable, but I believe some just don’t get how kahwin dulu baru dating can actually work. I will try my best to show you that kahwin dulu baru dating actually works, and romantic love is hogwash in supposedly spotting the ideal partner for a long-lasting marriage.
Read more »

Bekerja : Antara Perjuangan atau Mencari Makan

Posted in Dakwah on July 3, 2009 by jabalnurr
Melihat rakan-rakan muda yang bekerja samaada di pejabat kerajaan maupun di pejabat swasta, saya dapat merasakan betapa terdapat silap faham dalam melihat pekerjaan. Secara umumnya mereka menganggap bekerja tidak lebih dari sekadar mencari wang ringgit untuk menampung kehidupan. Bekerja juga di anggap menghalang mereka dari melakukan kerja-kerja dakwah yang banyak di luar sana. Keutamaan berdakwah di luar sentiasa di lihat melebihi dari pekerjaan di tempat kerja masing-masing. Sering kedengaran daie-daie muda ini mengeluh kepenatan kerja sehingga tidak ada masa unuk menumpukan kepada kerja-kerja lain. Secara ringkasnya mereka ini tidak ada satu matlamat yang jelas, kenapa mereka bangun pagi-pagi, naik kereta dan menuju ke tempat pekerjaan.  Tak kurang juga daie yang menegur anak buah kerana tak berapa “commit” dengan program-program dakwah kerana sibuk dengan pekerjaan. Alangkah silapnya kefahaman ini dan betapa rugi nya dakwah dalam jangkamasa yang panjang !
Kefahaman yang mengatakan bekerja hanya menghabiskan masa, menghalang kerja-kerja dakwah, bukan yang utama, hanya sekadar mencari makan dan lain-lain tanggapan negatif, perlu di ubah. Saya bimbang jika kefahaman ini terus di anuti maka akan lahir daie-daei yang hanya mampu menunjukkan prestasi yang mediocre di tempat masing-masing. Akhirnya dia bukan saja tidak di senangi oleh majikan malah akhirnya tidak mampu menguasai bidang yang di lakukan. Ini kerana dalam dunia yang penuh kompetitif ini hanya mereka yang menunjukkan komitmen kerja yang tinggi akan mampu menguasai bidang yang di ceburi dan mendapat kedudukan yang baik dalam organisasi syarikat mereka.
Sekali pandang mungkin ada yang mengatakan kenyataan saya ini keterlaluan dan salah kerana terlalu materialistik tanpa memahami kehendak dakwah. Tetapi jika di lihat selapis lagi maka kita akan sedar bahawa dalam jangka panjang jika kefahaman ini tidak di baiki ia akan menyukarkan daei utnuk bergerak. Kalau kita lihat di sekelililng maka kita akan mendapati bahawa hampir kesemua jawatan-jawatan penting  di kebanyakkan syarikat/institusi di kuasai oleh orang lain buka daei. Kenapa ini berlaku ? Adakah kerana mereka lebih cerdik atau lebih berkemampuan dari daie-daei muda ini ? Tidak sama sekali tetapi sebaliknya mereka menunjukkan komitmen kerja yang tinggi sehingga mereka di beri keyakinan oleh majikan untuk memegang jawatan-jawtan penting syarikat. Dan sudah tentu apabila mereka menguasai maka mereka akan membawa budaya yang tidak islamik. Siapa yang harus di persalahkan ? Akhirnya daei akan sentiasa menjadi orang suruhan dan merintih kerana di kongkong oleh budaya kerja syarikat. Yang lebih merugikan lagi ialah apabila ada peluang-peluang perniagaan maka ia akan di sapu oleh orang lain. Akhirnya mereka juga yang menjadi kaya raya sedangkan daie yang sibuk dengan dakwah hanya menjadi peminta sedekah kepada mereka. Mana maruah daie ???
Daie-daei muda harus mengikis fahaman ini tetapi sebaliknya menganggap bekerja adalah merupakan satu perjuanagn di mana mereka harus menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pendedahan supaya 10 tahun akan datang dia akan menjadi seorang pakar dan menjadi rujukan orang sekelililng. Tidak mengapa jika terpaksa bekerja lebih masa dan tak dapat komit dengan sebahgian program kerana beliau mempunyai misi yang besar untuk masa depan dakwah. Dengan itu dia bukan saja di senangi oleh majikan malah akan dapat memegang jawatan-jawatan strategik dalam syarikat bagi menjalankan gerakan dakwah yang lebih tersusun kerana dia telah menguasai pentadbiran syarikat tersebut. Jika beliau mampu mendapat peluang-peluang perniagaan maka sudah tentu ia lebih baik  kerana ini akan dapat banyak membantu kewangan gerakan dakwah.

o0058

Bekerja : Antara Perjuangan atau Mencari Makan

oleh Aminuddin Yahaya
Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
dipetik daripada laman web beliau,
Suara Dari Gunung.
—-

Melihat rakan-rakan muda yang bekerja samaada di pejabat kerajaan maupun di pejabat swasta, saya dapat merasakan betapa terdapat silap faham dalam melihat pekerjaan. Secara umumnya mereka menganggap bekerja tidak lebih dari sekadar mencari wang ringgit untuk menampung kehidupan. Bekerja juga di anggap menghalang mereka dari melakukan kerja-kerja dakwah yang banyak di luar sana. Keutamaan berdakwah di luar sentiasa di lihat melebihi dari pekerjaan di tempat kerja masing-masing. Sering kedengaran daie-daie muda ini mengeluh kepenatan kerja sehingga tidak ada masa unuk menumpukan kepada kerja-kerja lain. Secara ringkasnya mereka ini tidak ada satu matlamat yang jelas, kenapa mereka bangun pagi-pagi, naik kereta dan menuju ke tempat pekerjaan.  Tak kurang juga daie yang menegur anak buah kerana tak berapa “commit” dengan program-program dakwah kerana sibuk dengan pekerjaan. Alangkah silapnya kefahaman ini dan betapa rugi nya dakwah dalam jangkamasa yang panjang ! Read more »

Merawat Pokok Bermula dari Akarnya

Posted in Life on June 22, 2009 by jabalnurr

002 Structure of a tree

Setiap hari dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja, saya akan pasangkan radio untuk mengisi kesunyian di dalam kereta. Seringkali rancangan radio tersebut akan mengadakan perbincangan dengan pendengar dengan tajuk yang berbeza-beza tetapi berpusing-pusing di sekitar tema yang sama – iaitu isu gejala sosial para belia. Daripada kes-kes kecil seperti budaya melepak, budaya berpasangan-pasangan cinta kayangan sehingga membawa kepada zina; kepada budaya hedonisme dan hiburan melampau di kalangan belia; sehinggalah kepada kes-kes jenayah merempit yang kini bertukar kepada aktiviti ‘menyamun’ dan membuli secara berkumpulan. Tidak lupa juga kepada kes-kes evergreen seperti penyalahgunaan dadah dan bohsia-bohjan yang masih kekal subur sejak sekian lama.

Secara keseluruhannya para pendengar yang memberikan pandangan bersetuju bahawa masalah-masalah ini adalah sesuatu yang real, bahkan semakin menular, tiada siapapun menafikannya. Yang lebih menarik perhatian saya adalah cadangan-cadangan penyelesaian yang dikemukakan. Read more »

To the loves of my life…

Posted in Anekdot on June 3, 2009 by jabalnurr
rose
إذا مر يوم ولم أتذكر
به أن أقول صباحك بسكر
فلا تذهلى من سكوتى وصمتى
ولا تحسبى أن شيئا تغير
فحين أنا لا أقول أحب
فمعناه أنى أحبك أكثر

Iza marra yaumun walam atazakkar
Bihii an aquula sobahuki bisukar
Fala tazhali min sukuuti wa somti
Wala tahsabii anna syai’an taghayyar
Fahiina ana la aquulu uhibbu
Fama’nahu annii uhibbuki akthar

When a day passed by while I didn’t remember
By it, to wish you a morning of sugar (sweetness)
Thus, don’t be confounded by my hush and silence
And don’t think that anything have changed
For at time when I don’t utter love
It pertains that, truly, I love you so much more

***

Sorry, I can’t resist myself from posting this a bit of a “jiwang” entry. This syair Arab is too nice to let it drown in the internet mass.

Well, once in a while, we have to express ourselves ;) .

Thank you alfatih for this very very nice poem.